Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476347
Title: Realiti perluasan untuk pemaparan hijab secara maya
Authors: Ardi Nugraha (P63360)
Supervisor: Mohammad Faidzul, Prof. Madya Dr.
Keywords: Realiti perluasan
Hijab
e-dagang
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Jul-2015
Description: Realiti perluasan merupakan teknologi yang menambah nilai dunia sebenar dengan mengintegrasi objek maya ke dalam ruang fizikal supaya muncul dalam persekitaran. Teknologi realiti perluasan ini boleh memaparkan hijab secara maya dalam e-dagang. Pelaksanaan keupayaan realiti perluasan untuk memaparkan hijab secara maya dalam e-dagang berpotensi meningkatkan kepuasan dan keberkesanan pembeli untuk memilih hijab seperti pemakaian dalam ruang fizikal sebenar. Namun, penggunaan realiti perluasan dalam pemaparan hijab masih belum diterokai. Teknik sedia ada hanya menggunakan teknik pemaparan berasaskan pengesanan muka sahaja, kerana tidak ada fitur integrasi hijab dengan pengguna secara sempurna. Kajian ini adalah untuk mengaplikasi kaedah realiti perluasan yang menggabungkan teknik pengesanan muka dengan topeng elips untuk pemaparan hijab secara maya. Kaedah topeng elips ini dapat meningkatkan kualiti pemaparan hijab dengan mengurangkan pertindanan imej hijab pada muka pengguna. Bagi tujuan penilaian, satu prototaip aplikasi pemaparan hijab secara maya dibangun dan diuji kepuasan dan keberkesenannya. Penilaian ini melibatkan 30 orang responden untuk menguji kepuasan dan keberkesanan prototaip secara kuantitatif. Hasil kajian mendapati 66.6% pengguna merasai seperti memakai hijab dalam dunia nyata dan boleh mengatasi had daripada pemaparan hijab dalam e-dagang. Ini menunjukkan kaedah realiti perluasan yang diaplikasi dapat memaparkan hijab secara maya dengan sempurna. Sumbangan kajian ini dapat meningkatkan potensi perniagaan hijab dalam talian.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 117
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476347
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82209+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
186.45 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.