Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476339
Title: Integrasi pengetahuan dalam proses penentuan keperluan pengguna
Authors: Siti Zaileha A Salam (P65660)
Supervisor: Maryati Mohd. Yusof, Prof. Madya Dr.
Keywords: Integrasi pengetahuan
Keperluan pengguna
Pembangun sistem
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-May-2016
Description: Dalam proses penentuan keperluan pengguna, integrasi pengetahuan yang efektif menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan mengurangkan ketidakjelasan keperluan. Ketidakjelasan keperluan terjadi apabila pembangun sistem tidak dapat mentafsir keperluan pengguna dengan tepat menyebabkan kekerapan perubahan keperluan, konflik di antara pengguna dan tempoh analisis keperluan yang lebih panjang. Integrasi pengetahuan membolehkan pengetahuan di antara pengguna dan pembangun sistem dipindah dan diterjemah untuk menghasilkan keperluan yang lebih berkualiti. Walau bagaimanapun, perbezaan pengetahuan di antara pengguna dan pembangun sistem mewujudkan sempadan pengetahuan yang menyukarkan pembangun atau pengguna memahami terminologi dan perbendahaaraan kata teknikal yang digunakan. Perkara ini juga merupakan faktor yang meningkatkan ketidakjelasan keperluan. Masalah juga terjadi apabila pengguna tidak boleh menentukan keperluan dengan tepat kerana kebanyakan pengetahuan adalah bersifat tasit dan sukar diterjemah kepada keperluan pengguna yang formal. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti bagaimana proses integrasi pengetahuan dapat dilaksanakan bagi mengurangkan ketidakjelasan keperluan dalam proses penentuan keperluan pengguna. Satu kajian kes dijalankan di Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mengenalpasti bagaimana pengetahuan dipindah, diterjemah dan ditransformasi merentas sempadan pengetahuan dalam proses penentuan keperluan pengguna. Kajian kualitatif ini melibatkan tiga jenis kaedah pengumpulan data iaitu melalui temubual, pemerhatian serta semakan dokumen berkaitan yang melibatkan pengguna dan pembangun sistem daripada lima (5) sistem utama KPM. Kajian mendapati bahawa integrasi pengetahuan di antara pengguna dan pembangun sistem dapat mengurangkan ketidakjelasan keperluan dengan meminimakan perubahan keperluan (kestabilan yang tinggi), memudahkan proses koordinasi keperluan di antara pengguna yang berbeza (mengurangkan perbezaan keperluan) dan mempercepat proses analisis keperluan pengguna (tahap keanalisisan yang tinggi). Kajian juga mendapati bahawa selain faktor pengetahuan pembangun dan pengguna sistem, faktor pengalaman dalam projek pembangunan sistem maklumat dan hubungan pembangun dan pengguna di dalam proses penentuan keperluan pengguna juga menyumbang kepada integrasi pengetahuan yang efektif yang seterusnya mengurangkan ketidakjelasan keperluan. Kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada organisasi dalam melaksanakan integrasi pengetahuan di antara pengguna dan pembangun sistem dalam proses penentuan keperluan pengguna untuk mengurangkan ketidakjelasan keperluan seterusnya meningkatkan kejayaan pelaksanaan projek pembangunan sistem maklumat.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 106
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82202+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
211.64 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.