Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476336
Title: | Hibridisasi algoritma umpama aliran air dengan gelintiran tabu untuk masalah jurujual kembara |
Authors: | Jasmin Muhamad Bostamam (P68483) |
Supervisor: | Zulaiha Ali Othman, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Algoritma hibrid Jurujual kembara Gelintiran tabu Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 8-Jun-2016 |
Description: | Algoritma AAA merupakan algoritma metaheuristik yang baru tetapi telah mempamerkan prestasi dalam beberapa masalah Pengoptimuman kombinatorik termasuk MJK. AAA telah menunjukkan prestasinya dalam memberikan aspek penerokaan yang baik namun aspek eksploitasi solusinya masih lemah. Walaubagaimanapun, aspek ekploitasinya boleh dipertingkatkan lagi bagi mendapatkan kesimbangan aspek penjelajahan dan aspek ekploitasi yang lebih baik dengan menghibridkan AAA dengan metaheuristik yang mempunyai prestasi eksploitasi yang baik. GT merupakan metaheuristik yang mempunyai aspek ekploitasi yang baik dan telah terbukti dapat mempertingkatan prestasi metaheuristik yang lain. Ciri unik GT iaitu memori adaptif memberikan GT prestasi element eksploitasi yang cemerlang.Oleh itu, kajian ini mencadangkan algoritma hibrid AAA dengan GT (AAA-GT) untuk MJK mengunakan dua teknik carian kejiranan iaitu 2OPT dan 3OPT bagi GT. Eksperimen dijalankan ke atas 26 set piawai PPJ simetri yang mengandungi sehingga 3795 buah bandar.Keputusan menunjukkan AAA-GT dapat memberikan kualiti solusi yang lebih baik berbanding AAA. Keputusan juga menunjukkan AAA-GT dengan 3OPT menghasilkan kualiti solusi terbaik. Daripada hasil kajian, dapat disimpulkan bahawa AAA mempunyai potensi untuk di tambah-baik dengan mempertingkatkan kesimbangan elemen penerokaan dan element eksploitasi sama ada dengan mengunakan teknik penghibridisasi ataupun dengan penggunaan teknik carian tempatan yang lebih baik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 97 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82199+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 308.25 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.