Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476317
Title: | Model keperluan e-pengguna terhadap penggunaan sistem aplikasi e-kerajaan di Malaysia |
Authors: | Norashikin Zainal Abidin. (P50105) |
Supervisor: | Noraidah Sahari, Dr. |
Keywords: | Human-computer interaction. |
Issue Date: | 21-Dec-2011 |
Description: | Kerajaan elektronik (e-Kerajaan) merupakan sistem maklumat dan perkhidmatan kerajaan yang dilaksanakan secara dalam talian menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi. Pelancaran projek Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1996 menjadi titik permulaan kepada pembangunan sistem e-Kerajaan di Malaysia. Tujuan pelaksanaan e-Kerajaan ini adalah untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan keutuhan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia. Seiring dengan pembangunan eKerajaan, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menggalakkan penggunaannya. Namun kadar penggunaan e-Kerajaan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah masih belum ditahap yang memuaskan. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk mereka bentuk sebuah model keperluan e-Pengguna terhadap penggunaan sistem aplikasi e-Kerajaan di Malaysia. Bagi tujuan ini, kajian untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penggunaan e-Kerajaan dalam kalangan rakyat Malaysia dijalankan. Ini adalah untuk mengenal pasti keperluan dan permintaan rakyat yang mampu menjadikan mereka e-Pengguna sistem e-Kerajaan. Kaedah persampelan berkelompok dilakukan dan soal selidik digunakan untuk mendapat respon dan maklumat daripada pihak pengguna. Soal selidik ini dirangka berpandukan kepada kerangka Technology Acceptance Model (TAM) dan model eUSER. Sebanyak 700 set soal selidik diedar di sekitar sembilan daerah di negeri Selangor. Pemilihan Selangor dibuat berdasarkan kepada kriteria kemudahsampaian mendapatkan data, kemudahan infrastruktur dan penggunaan teknologi ICT yang ada dalam kawasan populasi kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil daripada kajian mendapati persepsi kemudahgunaan, persepsi kebergunaan, pengaruh sosial, sikap, kepercayaan, tingkah laku keinginan, kemudahan ICT dan ciri demografik mempengaruhi tahap penggunaan sistem aplikasi e-Kerajaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Saluran alternatif capaian e-Kerajaan, khidmat bantuan dalam talian dan kemudahan pusat capaian internet awam pula merupakan keperluan utama yang diinginkan oleh rakyat untuk memudahkan penggunaan sistem e-Kerajaan. Faktor dan keperluan ini dipercayai mampu meningkatkan jumlah e-Pengguna sistem e-Kerajaan dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kerajaan Malaysia. Kajian lanjut untuk mengenal pasti medium promosi yang berkesan untuk meningkatkan tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap sistem e-Kerajaan turut dicadangkan. Bentuk kemudahan infrastruktur yang diperlukan oleh rakyat dalam menggalakkan penggunaan e-Kerajaan Malaysia pada masa akan datang juga perlu dikenal pasti.,Sarjana |
Pages: | 200 |
Call Number: | QA76.9.H85 N647 2011 3 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81874+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.21 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.