Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476316
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzuraliza Abu Bakar, Prof. Dr.
dc.contributor.authorNurfathehah Idris. (P47892)
dc.date.accessioned2023-10-06T09:16:19Z-
dc.date.available2023-10-06T09:16:19Z-
dc.date.issued2012-01-20
dc.identifier.otherukmvital:81868
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476316-
dc.descriptionPengesanan wabak adalah analisis ramalan yang berkaitan dengan tugas analisis sisihan dalam perlombongan data. Kaedah ini melibatkan analisis pemantauan data siri masa dalam mencari petua dan pola peristiwa dengan perilaku wabak, biasanya dianalisis menggunakan kaedah statistik. Tugas pengesanan wabak adalah penting terutama di kawasan pengawasan kesihatan, alam sekitar dan penyakit. Pengesanan wabak di kawasan pencemaran adalah topik menarik memandangkan perkara ini menjadi kebimbangan negara dalam mengekalkan kualiti hidup dan mengelakkan penyakit berbahaya. Jika wabak dikesan lebih awal, banyak nyawa boleh diselamatkan. Wujud keperluan untuk mengadakan satu sistem sokongan keputusan pintar yang mampu memberi amaran atau pengesanan awal. Jadi, model pengetahuan boleh diperoleh daripada proses perlombongan data jika mempunyai jumlah data yang cukup. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tugas dan teknik perlombongan jujukan corak dalam mengesan wabak di kawasan pencemaran minyak dan gas. Perlombongan jujukan corak dikenalpasti sebagai; masalah pengkelasan jika data cukup untuk sesetengah jujukan masa yang ada dan masalah sekutuan jika sejumlah besar atribut berkaitan ada. Dalam kajian ini, teknik klasifikasi seperti pohon keputusan dan pengelasan petua sekutuan digunakan untuk pengelasan. Teknik sekutuan iaitu model sekutuan corak berjujukan dan model ramalan Apriori diaplikasikan sebagai tugas pengesanan wabak dalam set data gas dan minyak. Tujuannya untuk mendapatkan sokongan kebolehsandaran dan hubungan, mendapatkan perubahan ketara dalam data, mengenalpasti kelas data dan mendapatkan petua yang mendefinisikan corak wabak. Data kajian kes adalah data siri masa pencemaran udara di kawasan minyak dan gas dari tahun 2001 sehingga 2006. Kajian ini melibatkan bahan cemar; karbon monoksida, nitrogen dioksida, ozon, sulfur dioksida serta bahan partikel 2.5 di lokasi terpilih yang diperoleh daripada Suruhanjaya Kualiti Persekitaran Texas. Untuk mencirikan data yang sebenar agar pengetahuan yang diperoleh adalah berkualiti, beberapa langkah penyediaan data berdasarkan indeks kualiti udara dan kesan kesihatan dilakukan. Kaedah prapemprosesan yang digunakan seperti pembersihan data, integrasi data (beberapa tahun dan lokasi), transformasi data (bentuk nominal) serta pengurangan data kepada saiz yang kecil dilakukan berhati-hati. Hasil kajian mendapati algoritma perlombongan jujukan corak dan ramalan Apriori berpotensi memperoleh corak taburan beberapa bahan cemar serta purata kadar ketepatan pengelasan terselia pohon keputusan lebih tinggi daripada pengelasan petua sekutuan dan sesuai digunakan untuk mengkelaskan data mengikut bahan cemar dominan. Kajian ini memberikan potensi dalam menghasilkan petua berkualiti dalam mengesan wabak terutama perlombongan jujukan corak yang menghasilkan beberapa petua jujukan bahan cemar.,Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectComputer algorithms
dc.subjectData mining
dc.subjectSequential pattern mining
dc.titlePerlombongan corak berjujukan dalam pengesanan wabak di kawasan pencemaran minyak dan gas
dc.typetheses
dc.format.pages186
dc.identifier.callnoQA76.9.D343 N845 2012 3
dc.identifier.barcode001519
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81868+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.74 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.