Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476307
Title: | Model penggunaan Youtube bagi perkongsian pengetahuan dalam pembelajaran |
Authors: | Amillia Amid (P63386) |
Supervisor: | Zawiyah Mohammad Yusof, Prof. Dr. |
Keywords: | Youtube Kaedah pembelajaran Penggunaan teknologi Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 18-Feb-2015 |
Description: | Sejajar dengan perkembangan teknologi, sistem pembelajaran berubah daripada pembelajaran secara tradisional kepada sistem e-pembelajaran. Namun, cabaran utama yang dihadapi dalam e-pembelajaran ialah kekurangan akses internet. Malah, pensyarah mengambil masa yang lama untuk memberi maklum balas kepada pelajar, pelajar mengambil masa yang lama untuk mengakses isi kandungan dan juga kurang isi kandungan yang menarik. e-Pembelajaran juga tidak menyedia ruang untuk pelajar berkongsi pengetahuan dengan mudah. Justeru, pensyarah mencari inisiatif lain dengan mengguna media sosial terutamanya YouTube bagi berkongsi pengetahuan dalam pembelajaran. YouTube adalah aplikasi yang menyedia platform secara fleksibel dan serba boleh kepada pengguna serta sesuai diguna dalam kelas. YouTube memboleh pensyarah memuat naik bahan kursus dan berkongsi video untuk pelajar melihat, membuat dan berkongsi pengetahuan dengan mudah. Bagaimanapun, kajian tentang penggunaan YouTube bagi tujuan pembelajaran masih terhad terutamanya di Malaysia. Kajian lampau hanya memberi penekanan terhadap niat dan penggunaan sebenar terhadap teknologi Web 2.0 dalam kaedah pembelajaran yang berbeza. Kajian ini bertujuan mengkaji faktor yang mendorong penggunaan YouTube dalam kelas bagi berkongsi pengetahuan dalam pembelajaran. Berpandukan Model Penerimaan Teknologi (TAM) dan Teori Bersepadu Penerimaan dan Penggunaan Teknologi (UTAUT), sebuah model konseptual penggunaan YouTube dibangun. Model yang dibangun menyedia asas bagi penyelidikan seterusnya untuk mengkaji faktor yang mendorong penggunaan YouTube bagi perkongsian pengetahuan dalam pembelajaran. Tinjauan ke atas 152 orang pelajar dari Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM dijalankan mengguna instrumen soal selidik bagi pengumpulan data. Data yang dikumpul dianalisis mengguna perisian Statistics Package for the Social Sciences (SPSS) 21.0. Hasil kajian menunjukkan anggapan kebergunaan, pengaruh sosial dan mempermudah keadaan mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas niat tingkah laku. Niat tingkah laku juga mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas penggunaan sebenar YouTube dalam pembelajaran. Bagaimanapun, anggapan mudah diguna dan jangka prestasi tidak mempunyai hubungan yang signifikan ke atas niat tingkah laku. Kajian dapat memberi sumbangan dalam bidang akademik untuk penyelidikan seterusnya di samping dapat meningkat kualiti pengajaran dan pembelajaran.,Sarjana Teknologi Maklumat |
Pages: | 110 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81671+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 128.52 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.