Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476303
Title: | Kaedah pengurangan kekompleksan pemadanan identiti menggunakan pendekatan pemangkasan statik pengindeksan q-gram |
Authors: | Khairul Nizam Baharim (P62449) |
Supervisor: | Shahrul Azman Noah, Prof. Dr. |
Keywords: | Pemadanan identiti Menganalisis maklumat Pengindeksan q-gram Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 17-Aug-2015 |
Description: | Kesaratan data meningkat setiap hari seiring dengan perkembangan era teknologi maklumat masa kini. Permasalahan kualiti data dan manipulasi maklumat menambahkan kesukaran sistem pengurusan maklumat mengurus dan menganalisis data dengan lebih berkesan dan cekap dalam data besar. Teknik pemadanan identiti diperlukan untuk mengurus dan menganalisis maklumat individu dalam organisasi besar seperti maklumat penjagaan kesihatan, data pelanggan telekomunikasi, pemegang insurans, pesalah undang-undang dan maklumat bancian. Aplikasi pemadanan identiti yang melibatkan keselamatan, kewangan dan penjagaan kesihatan adalah sangat kritikal. Beberapa pendekatan pemadanan identiti telah dicadangkan dan menunjukkan prestasi keberkesanan yang baik. Walau bagaimanapun aspek kompleksiti dalam pemadanan identiti masih lagi boleh diperbaiki. Sehubungan dengan itu kajian ini mencadangkan pendekatan pemangkasan statik pengindeksan q-gram bagi mengurangkan kompleksiti pemadanan identiti tetapi mengekalkan keberkesanan dan kualiti hasil pemadanan. Prestasi kaedah pengurangan kompleksiti pemadanan identiti yang dicadangkan dibandingkan dengan kaedah konvesional pemadanan identiti pendekatan pairwise dan kaedah pemadanan identiti Adaptive Detection. Hasil penilaian ujikaji, kaedah pemadanan identiti yang dicadangkan yang menggunakan pendekatan pengindeksan q-gram lebih berkesan berbanding kedua-dua teknik pemadanan identiti yang dibandingkan iaitu peratusan ukuran-F meningkat sehingga 26.7 peratus. Kaedah pengurangan kompleksiti pemadanan identiti ini juga lebih cekap dengan nilai nisbah pengurangan meningkat sehingga 63 peratus dibandingkan dengan kaedah pemadanan identiti Adaptive Detection. Ujikaji kebolehskalaan juga menunjukkan kaedah pemadanan identiti yang dicadangkan berkemampuan kebolehskalaan dalam data yang meningkat.,Sarjana Teknologi Maklumat |
Pages: | 115 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81667+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 159.16 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.