Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476278
Title: | Garis panduan kebolehgunaan reka bentuk antara muka pengguna sistem kerajaan mudah alih |
Authors: | Nurulhusna Ghazali (P65650) |
Supervisor: | Rozilawati Razali, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Mobile apps Mobile apps -- Design Dissertations, Academic -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 4-Sep-2015 |
Description: | Sistem Elektronik Kerajaan (e-Kerajaan) merupakan sistem maklumat yang menyampaikan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat melalui aplikasi web. Kemunculan teknologi mudah alih telah mencetuskan keperluan untuk Sistem e-Kerajaan beralih kepada Sistem Elektronik Kerajaan Mudah Alih (m-Kerajaan). Secara umumnya, Sistem m-Kerajaan mempunyai persamaan fungsi dengan Sistem e-Kerajaan. Namun, peranti mudah alih mempunyai kapasiti yang terhad daripada segi memapar dan mencapai maklumat menyebabkan reka bentuk antara muka pengguna sistem mudah alih ini berbeza daripada sistem berasaskan web. Walaupun terdapat beberapa garis panduan sedia ada yang telah mencadang kaedah untuk mereka bentuk antara muka pengguna Sistem m-Kerajaan, ia bersifat terlalu umum dan terpencil. Akibatnya, kebolehgunaan merupakan isu utama di dalam penggunaan Sistem m-Kerajaan. Untuk memastikan kebolehgunaan Sistem m-Kerajaan, pereka bentuk sistem memerlukan garis panduan tertentu untuk mereka bentuk antara muka penggunanya. Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan garis panduan kebolehgunaan yang mengandungi elemen reka bentuk antara muka pengguna yang khusus untuk Sistem m-Kerajaan. Garis panduan ini dirangka berdasarkan gabungan kajian terdahulu dan hasil temubual bersama pengamal industri yang berpengalaman. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Untuk menguji kesesuaian garis panduan ini, prototaip dibangun dan dinilai oleh pakar bidang kebolehgunaan serta pakar domain Sistem m-Kerajaan. Hasil penilaian diguna untuk memperinci setiap elemen yang diterapkan di dalam garis panduan supaya menepati ciri kebolehgunaan dan Sistem m-Kerajaan. Garis panduan ini boleh dijadikan panduan oleh pengamal industri untuk mereka bentuk antara muka pengguna Sistem m-Kerajaan.,Sarjana Teknologi Maklumat |
Pages: | 153 |
Call Number: | QA76.59.N837 2015 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_80524+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 321.22 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.