Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476275
Title: Mekanisma transisi IPv6 pada persekitaran rangkaian UKMNet
Authors: Mohd Azi Abdullah (P72211)
Supervisor: Nor Effendy Othman, Dr.
Keywords: TCP/IP (Computer network protocol)
Computer networks
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Feb-2016
Description: Kemerosotan alamat IPv4 menyebabkan peralihan kepada protokol IPv6 menjadi satu keperluan bagi sesebuah organisasi. Walau bagaimanapun proses peralihan ini memerlukan jangkamasa yang panjang untuk dilaksanakan. Ia memerlukan pelaksanaan secara berperingkat kerana protokol IPv4 masih lagi mendominasi penggunaan rangkaian dan mempunyai permintaan yang tinggi dari kalangan pengguna Internet. Ini menyebabkan kewujudan bersama protokol IPv4 dan IPv6 dalam satu rangkaian. Struktur binaan yang berbeza menyebabkan IPv4 dan IPv6 tidak boleh berkomunikasi secara terus. Mekanisma transisi IPv6 digunakan bagi membolehkan protokol IPv4 dan IPv6 berhubung sehingga peralihan sepenuhnya kepada protokol IPv6 dapat dilaksanakan. Rangkaian kampus UKMNet merupakan nadi terpenting bagi Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja digunakan oleh pelajar dan staf universiti untuk berhubung dengan rangkaian dalaman dan Internet malahan turut digunakan oleh komuniti penyelidik bagi menjalankan kajian mereka. Objektif kajian ini adalah bagi menilai pelaksanaan mekanisma transisi IPv6 pada rangkaian UKMNet. Bagi menilai keberkesanan pelaksanaan mekanisma transisi IPv6, satu infrastruktur pengujian dibangunkan pada persekitaran UKMNet. Skop bagi kajian ini adalah meliputi kawasan rangkaian kampus UKMNet dan menggunakan peralatan sedia ada yang digunakan dalam rangkaian UKMNet. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif dengan pendekatan tapak uji. Pada akhir kajian sebuah mekanisma transisi IPv6 dipilih bagi digunakan semasa proses migrasi protokol IPv6 dijalankan pada UKMNet. Bagi memastikan kelancaran proses transisi IPv6 pada rangkaian UKMNet satu garis panduan pelaksanaan mekanisma transisi IPv6 disediakan bagi tujuan rujukan semasa proses transisi dijalankan. Garis panduan yang dibina ini adalah berasaskan ciri ciri yang terdapat pada rangkaian UKMNet. Susun atur peralatan pengujian, konfigurasi rangkaian dan penilaian prestasi mekanisma transisi IPv6 akan didokumenkan bagi tujuan rujukan. Ini adalah bagi memastikan proses migrasi protokol IPv6 di UKMNet berjalan dengan lancar. Hasil pengujian parameter daya pemproses bagi trafik TCP mendapati mekanisma 6to4 mempunyai nilai purata yang tinggi iaitu 471 kbps berbanding mekanisma Dual Stack yang hanya mempunyai nilai purata 279 kbps. Manakala bagi trafik UDP pula mekanisma 6to4 mencapai nilai purata sebanyak 489 kbps dan mekanisma Dual Stack hanya mencapai 292 kbps. Hasil dapatan bagi pengujian parameter ketaran pula menunjukkan mekanisma 6to4 mempunyai purata nilai ketaran yang rendah iaitu 0.009 ms manakala mekanisma Dual Stack pula mempunyai nilai ketaran yang tinggi iaitu 1.4 ms. Keputusan pengujian bagi parameter lengahan hujung ke hujung pula menunjukkan mekanisma 6to4 mempunyai nilai lengahan yang rendah berbanding mekanisma Dual Stack iaitu sebanyak 1.2 ms berbanding mekanisma Dual Stack iaitu 1.3 ms. Hasil dapatan kajian yang dijalankan ini mendapati Mekanisma 6to4 lebih sesuai untuk digunakan pada rangkaian UKMNet semasa proses transisi IPv6 dijalankan berbanding mekanisma Dual Stack.,Sarjana Sains Komputer
Pages: 99
Call Number: TK5105.585.M83 2016 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80514+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
239.12 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.