Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476267
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Tengku Siti Meriam Tengku Wook, Dr. | |
dc.contributor.author | Sharifah Sumayyah Engku Alwi (P63411) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:15:31Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:15:31Z | - |
dc.date.issued | 2015-06-14 | |
dc.identifier.other | ukmvital:80506 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476267 | - |
dc.description | E-dagang telah menjadi salah satu kaedah yang penting dalam era Internet. Ia membantu pengguna membeli produk dan perkhidmatan secara dalam talian. Namun, e-dagang mempunyai kekangan yang ketara dari segi menarik minat pembeli disebabkan kekurangan daya tarikan sosial atau kemesraan sesama manusia yang boleh dirasai apabila membeli-belah secara bersemuka. E-dagang lebih bersifat peribadi, tanpa nama dan automatik. Pengintegrasian elemen kehadiran sosial seperti imej, iklan, animasi dan forum terhadap antara muka e-dagang akan menghasilkan e-dagang yang menarik dan mesra pengguna. Kehadiran sosial didefinisi sebagai medium yang membenarkan pengguna untuk merasai kehadiran dan kemesraan pengguna lain secara psikologi. Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan senarai spesifikasi hubungan antara kehadiran sosial, sikap pengguna dan keinginan pengguna untuk menggunakan e-dagang dan menghasilkan model konseptual reka bentuk kehadiran sosial dalam e-dagang. Kajian ini juga membangun dan menguji reka bentuk prototaip antara muka e-dagang. Analisis kandungan dijalankan untuk mengkaji elemen yang menyokong kehadiran sosial melalui antara muka e-dagang di Malaysia. Soal selidik pula dilaksanakan untuk mengenalpasti hubungan antara kehadiran sosial, sikap pengguna dan keinginan untuk menggunakan e-dagang. Ia dijalankan terhadap 50 pengguna e-dagang secara dalam talian. Kaedah korelasi Pearson digunakan bagi menilai hubungan ketiga-tiga pembolehubah. Hasil kajian menunjukkan hubungan yang lemah antara kehadiran sosial dan sikap pengguna, hubungan yang sederhana antara kehadiran sosial dan keinginan untuk menggunakan e-dagang, dan hubungan yang sederhana antara keinginan untuk menggunakan e-dagang dan sikap pengguna. Kesemua hubungan tersebut adalah positif. Elemen kehadiran sosial telah diintegrasi dalam pembinaan prototaip antaramuka e-dagang mengikut prinsip reka bentuk dan garis panduan yang telah ditetapkan. Teknik Cognitive Walkthrough yang digunakan untuk menguji prototaip menunjukkan prototaip dapat diterima dan difahami oleh pengguna serta menepati keperluan sosial mereka. Sumbangan kajian ini adalah model dan prototaip reka bentuk kehadiran sosial pada antara muka e-dagang berdasarkan spesifikasi hubungan antara kehadiran sosial, sikap pengguna dan keinginan pengguna untuk menggunakan e-dagang.,Sarjana Teknologi Maklumat | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | E-dagang | |
dc.subject | User interfaces (Computer systems) | |
dc.subject | Electronic commerce | |
dc.subject | Web sites -- Design | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Integrasi kehadiran sosial pada reka bentuk antara muka e-dagang | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 168 | |
dc.identifier.callno | QA76.9.U83S483 2015 3 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002072 (2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_80506+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 474.43 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.