Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476236
Title: | Rangka kerja pembangunan sistem kerajaan elektronik (e-kerajaan) berdasarkan faktor kebolehgunaan |
Authors: | Hafizah binti Yahya @ Abdul Rahim (P56154) |
Supervisor: | Rozilawati Razali, Dr |
Keywords: | Sistem kerajaan elektronik (e-kerajaan) Information technology Electronic government information -- Malaysia |
Issue Date: | 18-Mar-2013 |
Description: | Dalam era globalisasi, kerajaan di seluruh dunia berusaha menyediakan perkhidmatan Kerajaan Elektronik (e-Kerajaan) yang lebih baik kepada rakyatnya. Pihak kerajaan juga berusaha meningkatkan pencapaian perkhidmatan supaya mencapai penarafan yang lebih baik. Walaupun pembangunan sistem semakin berkembang, penilaian terhadapnya berdasarkan piawaian tertentu mendedahkan beberapa isu kebolehgunaan. Analisis awal mendapati walaupun pengujian penerimaan pengguna wujud dalam proses pembangunan sistem e-Kerajaan, namun tahap kebolehgunaan sistem tersebut masih rendah. Salah satu punca masalah ini adalah tidak ada panduan khusus bagaimana faktor kebolehgunaan dikait dan diterapkan di dalam proses pembangunan sistem e-Kerajaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor utama kebolehgunaan sistem e-Kerajaan daripada perspektif pembangunan. Kajian ini secara khusus mencadangkan satu rangka kerja pembangunan sistem e-Kerajaan berdasarkan faktor kebolehgunaan yang menggabungkan elemen proses, persekitaran dan produk berasaskan model bersepadu Quality in Use Integrated Measurement (QUIM) dan International Organization for Standardization 9241-11 (ISO 9241-11). Kajian ini menganalisa faktor kebolehgunaan dengan menggabungkan kajian teoritikal dan empirikal. Kajian teoritikal adalah berdasarkan kajian kesusasteraan terhadap model dan piawaian terdahulu manakala kajian empirikal melibatkan teknik temubual terhadap empat belas pegawai yang terlibat untuk tiga aplikasi e-Kerajaan. Hasil kajian teoritikal dan empirikal dibandingkan untuk membangunkan rangka kerja yang dicadangkan. Untuk mengesahkan rangka kerja tersebut, analisis kajian pakar digunakan. Rangka kerja ini boleh dijadikan panduan oleh agensi kerajaan untuk menghasilkan pelan tindakan pembangunan sistem e-Kerajaan yang tahap kebolehgunaannya adalah lebih baik.,Master/Sarjana |
Pages: | 119 |
Call Number: | T58.5.H334 2013 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476236 |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_77057+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.16 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.