Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476229
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Suhaila Zainudin, Dr. | |
dc.contributor.author | Siti Sarah binti Salleh Hudin (GP01642 ) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:14:56Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:14:56Z | - |
dc.date.issued | 2015-03-20 | |
dc.identifier.other | ukmvital:76526 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476229 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan membangunkan satu model ramalan kemarau menggunakan teknik pengkelasan perlombongan data. Tiga teknik utama berasaskan pengkelasan ZeroR juga diimplementasi bagi mendapatkan nilai ketepatan asas sebenar bagi set data yang digunakan dalam kajian ini. Pembangunan model ini memfokuskan kepada data pencetus kemarau di Selangor yang terdiri daripada 1461 jumlah data siri masa bagi tempoh lima tahun (2010-2014). Sampel diperoleh dari Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Pengaliran dan Saliran Malaysia. Lima attribut yang digunakan dalam kajian ini ialah taburan hujan, aras air, kelembapan, arah aliran sungai dan kelajuan angin. Set data siri masa ini telah dibahagikan kepada tiga jenis data iaitu data latihan, data ujian dan data pengesahan masing-masing dengan nisbah 5:3:2. Metodologi kajian ini adalah berdasarkan proses perlombongan data yang terdiri daripada penentuan masalah dan objektif, proses penyediaan dan pemprosesan data, iaitu pembersihan data, transformasi data, pengurangan data, proses perlombongan data, pembangunan model ramalan dan akhir sekali analisis dan penilaian model yang dibangunkan. Selepas proses perlombongan data dijalankan serta berdasarkan model yang dihasilkan, peratus ketepatan ramalan yang diperoleh akan dianalisa. Kajian ini terbahagi kepada tiga jenis set eksperimen iaitu set pra-eksperimen (asas sebenar ZeroR), set eksperimen I (set data latihan dan data ujian akan digunakan), dan set eksperimen II (set data pengesahan akan digunakan). Kajian ini menfokuskan kepada ujian pilihan 10- pengesahan bersilang dan pembahagian peratusan sahaja. Hasil dapatan kajian akan dinilai mengikut peratusan model yang paling tinggi antara ketiga-tiga teknik. Peratus ketepatan paling tinggi bagi ujian pilihan pengesahan dengan nilai peratus yang diperoleh masing-masing adalah 81.93% dan 83.28%. Manakala peratus ketepatan paling tinggi bagi ujian pilihan pembahagian peratusan adalah teknik Bayesian bagi kedua-dua eksperimen I dan II iaitu dengan nilai peratus yang diperoleh masing-masing adalah 86.32% dan 79.31%. Nilai keputusan yang diperoleh boleh diterima kerana model ramalan yang diperoleh adalah selari bagi kedua-dua set eksperimen yang menggunakan data latihan, data ujian dan data pengesahan. Keputusan perbandingan ini dapat membantu pemilihan model yang lebih jitu dalam meramal kemarau dengan menilai peratusan kejituan yang lebih tinggi iaitu nilai peratusan purata adalah 80%.,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.title | Meramal kemarau menggunakan teknik pengkelasan cuaca | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 99 | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76526+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 10.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.