Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476223
Title: | Pembangunan model konsep pensijilan perisian berteras pengguna (ucSoftC) untuk sistem berasaskan web |
Authors: | Siti Rohana binti Ahmad Ibrahim (P58892) |
Supervisor: | Jamaiah Binti Haji Yahaya, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Sistem berasaskan web User interfaces (Computer systems) |
Issue Date: | 25-Mar-2015 |
Description: | Kualiti perisian merupakan isu utama yang sering dihadapi dalam pembangunan perisian bagi memenuhi keperluan dan kepuasan pengguna dalam menilai produk perisian. Oleh itu, pensijilan perisian telah diperkenalkan untuk menilai dan mengukur kualiti sistem berasaskan web melalui pelbagai kategori penilai dalam persekitaran sebenar. Model pensijilan produk perisian sebelum ini, SCM-Prod model, lebih memberi tumpuan kepada pengukuran tingkah laku atau aspek teknikal perisian dan pengukuran aspek pengguna secara terhad. Penyelidikan terdahulu telah menunjukkan bahawa penglibatan pengguna dalam proses pensijilan perisian berupaya untuk menilai kualiti sistem berasaskan web mengikut jangkaan dan keperluan pengguna. Namun begitu, model ini tidak melakukan penekanan kepada metrik kualiti dalam skop pendekatan berteras pengguna. Penyelidikan ini mempunyai dua objektif; pertama mengenal pasti sifats berteras pengguna untuk penilaian produk perisian dan kedua membangunkan model konseppensijilan perisian berteras pengguna (ucSoftC). Kajian ini dijalankan dalam empat fasa utama. Fasa pertama ialah kajian teoritikal, yang mana kajian dan analisa dilakukan terhadap kajian terdahulu serta mengkaji permasalahan berkaitan dengan pensijilan perisian. Fasa kedua ialah menganalisa dan mengenalpasti sifat berteras pengguna dalam pensijilan perisian. Dalam fasa ini termasuk menganalisa dapatan daripada fasa pertama. Fasa ketiga ialah membangun model konseppensijilan perisian berteras pengguna (ucSoftC). Fasa terakhir adalah untuk menguji dan mengesah model konsep. Dalam fasa ini, penilaian dijalankan menggunakan sistem SMPWeb UKM. Kajian empirikal dijalankan melibatkan pengguna sebenar untuk menilai sistem SMPWeb. Fasa pengujian ini dijalankan bertujuan untuk menguji keberkesanan dan kebolehgunaan model konsepucSoftC yang dibangunkan. Selepas pengujian, keputusan dilaporkan kepada pihak Pusat Teknologi Maklumat, UKM untuk pengesahan. Formula dan algoritma yang diguna untuk mengukur status kualiti setiap sifat dan tahap pensijilan dalam kajian ini diadaptasi daripada model SCM-Prod. Skor kualiti yang dihasilkan dipetakan kepada empat tahap iaitu cemerlang, baik, memuaskan atau lemah. Kajian ini telah membangunkan model konseppensijilan perisianberteras pengguna (ucSoftC) yang terdiri daripada metrik dan pengukuran yang relevan. Setiap metrik seperti kawalan, privasi dan keselamatan dipecahkan kepada beberapa pengukuran bersesuaian dengan metrik tersebut. Model konsepucSoftC yang dihasilkan dapat memberi panduan kepada pihak berkepentingan dan pembangun sistem tentang status kualiti perisian yang telah dinilaiuntuk penambahbaikan di masa hadapan. Kajian ini juga menunjukkan bahawa metrik dan pengukuran berteras pengguna boleh digunakan dan diaplikasikan untuk menilai kualiti sistem berasaskan web. Dalam pendekatan ini, pengguna mempunyai kawalan yang baik dan lebih berkeyakinan terhadap kualiti produk perisian yang beroperasi dalam persekitaran mereka.,Master/Sarjana |
Pages: | 139 |
Call Number: | QA76.9.U83S556 2015 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476223 |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76512+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 939.4 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.