Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476207
Title: Senibina agen bualan menggunakan teknik padanan corak dan algoritma Bayes
Authors: Yusman Jamat (P47904)
Supervisor: Nazlia binti Omar, Dr.
Keywords: Senibina
Algoritma Bayes
Natural language processing (Computer science)
Issue Date: 2011
Description: Agen bualan merupakan salah satu aplikasi yang boleh digunakan untuk menghubungkan pengguna dengan maklumat di dalam pangkalan data. Namun, bilangan agen bualan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan adalah amat terhad bilangannya berbanding penggunaan bahasa asing. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji agen bualan sedia ada, mengenalpasti teknik-teknik yang pernah digunakan dan seterusnya memilih teknik yang terbaik untuk diaplikasikan di dalam agen bualan versi Bahasa Melayu. Skop kajian ini melibatkan penggunaan maklumat yang berkaitan dengan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Algoritma yang telah dipilih dalam pembangunan agen versi Bahasa Melayu adalah teknik Term Frequency X Coefficient Similarity (tf*IDF), padanan corak dan algoritma Bayes. Teknik Term Frequency X Coefficient Similarity (tf*IDF) diaplikasikan supaya agen mencari dan membuka program yang terdapat di dalam Start Menu walaupun ejaan input yang diterima tidak lengkap. Teknik padanan corak merupakan teknik tradisional yang digunakan untuk agen membandingkan input pengguna dengan data di dalam pangkalan data dan memaparkan maklumat yang diperlukan. Manakala, teknik algoritma Bayes pula digunakan apabila teknik padanan corak gagal untuk mencari maklumat yang berpadanan dengan input disebabkan input tidak lengkap atau berlaku kesamaran input. Dengan kata lain, algoritma Bayes dapat mentafsir kehendak sebenar pengguna dan meperbaiki kelemahan teknik padanan corak. Nilai kebarangkalian yang digunakan untuk pengiraan algoritma Bayes dijana secara automatik berbanding kebiasaannya di tentukan oleh pakar atau berdasarkan kajian. Seterusnya, satu senibina agen bualan dengan menggunakan teknik yang telah dipilih akan dihasilkan. Ujian telah dilakukan untuk menguji keupayaan dan kebolehan agen bualan mencapai maklumat yang tepat berdasarkan input yang diberikan oleh pengguna. Hasil pengujian menunjukkan agen bualan dapat mentafsir input dialog pengguna yang tidak lengkap dan seterusnya mencapai maklumat yang diperlukan.,Master/Sarjana
Pages: 160
Call Number: QA76.76.I58Y847 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476207
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75279+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.47 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.