Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476204
Title: | Capaian secara semantik bahasa isyarat Malaysia - Bahasa Melayu berpandukan domain ontologi |
Authors: | Amir Hamidi Abdul Manan (P45088) |
Supervisor: | Profesor Dr. Shahrul Azman Mohd Noah |
Keywords: | Bahasa isyarat Semantic Web |
Issue Date: | 2011 |
Description: | Kemunculan web semantik memberikan inspirasi kepada para penyelidik untuk membangunkan teknologi web generasi baru sekali gus mempertingkat kualiti sistem capaian maklumat. Bahasa isyarat warga Pekak menjadi salah satu bidang yang mencabar dan mendorong para penyelidik untuk mencipta teknik yang menyumbang kepada pembangunan sistem terjemahan bahasa isyarat ke bahasa tulisan. Pendekatan teknologi ontologi yang merupakan teras utama kepada web semantik berupaya menjawab satu persoalan, iaitu keperluan untuk mendapatkan maklumat mengenai isyarat tangan yang lebih hampir dengan kehendak pengguna ataupun hendak difahami oleh pengguna dari segi makna dalam bahasa kebangsaan. Secara umum, ontologi merupakan model pengetahuan berstruktur yang terdiri daripada set konsep dalam sesebuah domain dan juga hubungan semantik antara konsep-konsep. Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dijadikan sebagai domain ontologi yang dibangunkan berpandukan struktur bahasa isyarat yang digunakan oleh komuniti warga Pekak di Malaysia. Domain ontologi ini berperanan penting untuk menambah baik kerelevanan capaian maklumat isyarat tangan serta membantu para pengguna baik yang fasih berbahasa isyarat mahupun tidak berpengetahuan tentang bahasa isyarat melakukan penjelajahan BIM. Oleh yang sedemikian, penyelidikan ini akan mengaplikasikan penggunaan domain ontologi tersebut dalam pembangunan prototaip yang dikenali sebagai Prototaip Capaian Semantik Bahasa Isyarat Malaysia Bahasa Melayu Berpandukan Domain Ontologi dan dikodkan sebagai "Jejak BIM". Domain ontologi ini dibangunkan dengan menggunakan Protege dan mengandungi keempat-empat kelas utama seperti bentuk tangan, orientasi tapak tangan, lokasi dan pergerakan. Kelas-kelas tersebut dirangkaikan menerusi hubungan mudah, 'sub kelas' dan "sebahagian daripada" serta dieksport dalam format OWL. Prototaip Jejak BIM dibangunkan dengan pendekatan RAP (RDF API for PHP) yang menyokong OWL termasuk prototaip sistem pengurusan kandungan untuk membolehkan pentadbir ontologi dan pentadbir data melakukan anotasi terhadap klip video yang menayangkan isyarat tangan dengan label semantik serta entri dalam bahasa Melayu. Melalui prototaip ini, pengguna dapat membutirkan sesuatu kueri carian bagi sesuatu isyarat tangan yang hendak dikenal pasti dengan menggunakan gabungan imej yang terdiri daripada bentuk tangan, orientasi tapak tangan, lokasi dan pergerakan tangan yang diaturkan dalam domain ontologi. Kueri tersebut akan menggerakkan prototaip ini untuk menjejaki dan mencapai isyarat tangan yang tepat dan juga lebih hampir sama konsepnya dari aspek yang ditetapkan. Hasil penilaian kebolehgunaan yang dijalankan menunjukkan bahawa pendekatan ontologi mempunyai potensi untuk mempermudah proses navigasi para pengguna dalam penggunaan sesebuah kamus bahasa isyarat, terutama dari BIM ke bahasa Melayu.,Master/Sarjana |
Pages: | 143 |
Call Number: | TK5105.88815.A464 2011 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476204 |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75274+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 6.22 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.