Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476200
Title: | Pensahihan perisian forensik digital bagi peranti tablet android |
Authors: | Razana Md Salleh (P58913) |
Supervisor: | Masnizah Mohd, Dr. |
Keywords: | Forensik digital Forensic sciences Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dossertations Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 3-Apr-2014 |
Description: | Peningkatan penggunaan tablet Android telah menjadikan peranti ini sebagai salah satu peranti yang penting kepada pegawai penyiasat bagi mencari bahan bukti digital. Pegawai penyiasat menghadapi cabaran mengenalpasti perisian forensik digital yang berupaya mengekstrak data daripada pelbagai peranti ini yang terdapat dalam pasaran. Data yang telah diekstrak sukar difahami sekiranya perisian yang digunakan tidak mempersembahkan data tersebut dalam format yang mudah difahami. Kajian mendapati hanya segelintir kajian pensahihan telah dilakukan ke atas perisian forensik digital bagi peranti tablet Android. Pengujian pensahihan tertumpu kepada fungsi pengekstrakan dan tidak memberi fokus pada persembahan data yang diekstrak dalam format yang mudah difahami pengguna. Kajian ini bertujuan mengukur keupayaan perisian forensik digital mengekstrak data dan mempersembahkannya dalam format yang mudah difahami pengguna. Empat perisian forensik digital iaitu EnCase, Mobile Phone Examiner Plus (MPE+), Oxygen Forensic Suite (Oxygen) dan MOBILedit! Forensic (ME) dan sebuah peranti tablet Android digunakan bagi tujuan ini. Satu model kajian dibangunkan mengandungi fasa tetapan persekitaran, senario ujian, pengekstrakan objek data dan penganalisaan. Hasil kajian mendapati EnCase dapat mengekstrak 41% objek data dan 80% daripada objek data tersebut dapat dipersembahkan dalam format yang mudah difahami. MPE+, Oxygen dan ME dapat mengekstrak 69% objek data, namun terdapat perbezaan pada keupayaan perisian tersebut mempersembahkan objek data yang diekstrak. MPE+ dapat mempersembahkan semua objek data yang diekstrak dalam format yang mudah difahami. ME dapat mempersembahkan 73% objek data yang diekstrak dalam format yang mudah difahami. Hasil kajian menunjukkan terdapat ralat pada persembahan 14% objek data yang diekstrak menggunakan Oxygen. Secara keseluruhan, kajian menunjukkan pengukuran persembahan data yang diekstrak mempengaruhi hasil penilaian pensahihan keupayaan perisian forensik digital bagi peranti tablet Android. Hasil kajian dapat dijadikan panduan oleh pegawai penyiasat dalam mengenalpasti keupayaan perisian forensik digital bagi melaksanakan penyiasatan yang melibatkan peranti tablet Android.,Sarjana Teknologi Maklumat,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"" |
Pages: | 71 |
Call Number: | QA76.893.R349 2014 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75255+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 363.23 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.