Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476184
Title: | Morfologi, anatomi dan pencirian molekul paku pakis Genus Selaginella (Selaginellaceae) di Semenanjung Malaysia |
Authors: | Nurfarahain Zainal (P62949) |
Supervisor: | Haja Maideen B Kader Maideen, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Molekul paku pakis Genus Selaginella Pteridophyta Anatomy |
Issue Date: | 3-Jul-2014 |
Description: | Selaginellaceae merupakan mirip paku pakis heterospora yang primitif. Hubungan filogeni dan pengelasan bagi famili ini masih tidak jelas. Pengelasan terdahulu mengelaskan kesemua spesies famili ini di dalam satu genus iaitu Selaginella. Kajian ini dilakukan untuk melihat hubungan filogeni antara spesies dalam famili ini terutama yang direkodkan di Semenanjung Malaysia dengan menggunakan tiga pendekatan iaitu bukti morfologi, anatomi dan molekul. Dalam pendekatan morfologi, ciri-ciri seperti stip, bentuk daun dan strobilus digunakan sementara dalam pendekatan anatomi, bentuk berkas vaskular (stel) dan peruratan digunakan. Manakala dalam kajian molekul, jujukan daripada genom kloroplas (rbcL, atpB dan trnL-F) dan genom nukleus (ITS) digunakan. Sebanyak 16 takson daripada 29 spesies yang direkodkan di Semenanjung Malaysia iaitu: Selaginella argentea, S. frondosa, S. plana, S. ornata, S. roxburghii var. roxburghii, S. intermedia var. intermedia, S. intermedia var. dolichocentrus, S. mayeri, S. alutacia, S. minutifolia, S. morganii, S. pubescens, S. repanda, S willdenowii, S. stipulata dan S. wallichii dan dua spesies luaran iaitu Huperzia lucidula dan Isoetes laosiensis digunakan dalam kajian ini. Analisis data morfologi dilakukan dengan menggunakan perisian UPGMA sementara data jujukan DNA dianalisis menggunakan perisian PAUP 4.0b10 melalui kaedah Neighbour Joining (NJ), Maximum Parsimony (MP) dan Maximum Likelihood (ML). Secara keseluruhan, topologi berasaskan jujukan DNA menunjukkan Selaginellaceae sebagai satu kumpulan monofiletik dan terbahagi kepada tiga kumpulan yang jelas iaitu Kumpulan 1, Kumpulan 2 dan Kumpulan 3 dengan sokongan nilai butstrap yang tinggi (> 90%). Manakala topologi berasaskan bukti morfologi membentuk dua kumpulan utama yang terdiri daripada Kumpulan 1 dan Kumpulan 2. Hasil daripada dua topologi ini dapat dilihat terdapat beberapa spesies yang berubah kedudukannya dalam kumpulan dan bilangan kumpulan yang terhasil juga tidak sama. Berdasarkan kajian ini, pengelasan berdasarkan data molekul tidak menyokong pengelasan berdasarkan bukti morfologi dan anatomi. Oleh itu, kajian lanjutan perlu dilakukan dengan melibatkan persampelan yang lebih meluas daripada segi kawasan geografi.,Master/Sarjana |
Pages: | 142 |
Call Number: | QK521.N846 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476184 |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75202+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.65 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.