Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476174
Title: | Kerangka pembangunan ontologi domain menggunakan pendekatan tesaurus dan pakar domain |
Authors: | Siti Farhana binti Mohamad Hashim (P53599) |
Supervisor: | Juhana Salim, Prof Dr. |
Keywords: | Ontologi Tesaurus Ontologies (Information retrieval) |
Issue Date: | 5-Mar-2015 |
Description: | Kajian terkini dalam bidang capaian maklumat menunjukkan pengaksesan berdasarkan kata kunci yang disediakan enjin carian sering memberi keputusan carian yang tidak tepat. Sebaliknya, pendekatan yang melibatkan pengindeksan dokumen web berdasarkan istilah dan konsep ontologi berbanding pengindeksan berdasarkan kata kunci mempunyai banyak kelebihan. Terdapat banyak ontologi dibina bagi membantu pengguna mengembangkan konsep carian. Sehubungan dengan pembinaan ontologi domain, beberapa initiatif yang melibatkan pembinaan ontologi menggunakan tesaurus sebagai asas pengetahuan telah dilaksanakan. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk kerangka pembangunan ontologi domain Ibadah dalam Islam yang membolehkan pengguna mencari maklumat Ibadah dalam tiga bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab) secara serentak. Kajian ini mengaplikasi reka bentuk kajian pembangunan yang dilaksanakan dalam dua peringkat: peringkat pertama tertumpu kepada mereka bentuk kerangka pembangunan ontologi bagi domain Ibadah dalam Islam dan peringkat kedua, melibatkan pengintegrasian ontologi tersebut ke dalam prototaip Sistem Pengestrakan Islam (I-ES®). Bagi mereka bentuk kerangka, penyelidik melakukan tinjauan literatur terhadap kajian lepas yang melibatkan pembangunan ontologi amnya dan khususnya dalam bidang Islam. Kerangka yang direka bentuk melibatkan penggunaan sumber data seperti tesaurus, sumber rujukan dan pakar domain. Berdasarkan kerangka yang dicadangkan, pembangunan ontologi bermula dengan pengekstrakan kandungan laman web Islam berkaitan ibadah. Hasil pengekstrakan merupakan glosari istilah yang kemudiannya dikembangkan dengan merujuk kepada tesaurus, sumber rujukan berautoriti dalam Islam dan pakar domain. Ontologi yang dibangunkan dimodelkan ke dalam Protege dan diintegrasi ke dalam I-ES®. Pengesahan kerangka dilakukan melalui penilaian kandungan ontologi menerusi temubual dengan 3 orang pakar domain dari Fakulti Pengajian Islam dan Institut Islam Hadhari. Setelah kandungan ontologi disahkan oleh pakar, ontologi diintegrasi ke dalam I-ES®. Prototaip I-ES® dinilai oleh 5 orang pakar domain untuk mendapat persepsi pakar terhadap pembangunan ontologi dalam membantu capaian maklumat yang relevan berkaiatan Ibadah dalam Islam. Maklum balas pakar mengenai I-ES® diperoleh melalui skedul temu bual. Hasil analisis data kualitatif menunjukkan pengguna berpuas hati ketika melakukan pencarian menerusi I-ES® yang telah diintegrasi dengan ontologi kerana pengguna dapat mencapai maklumat yang relevan berkaitan dengan domain Ibadah. Hasil penilaian menunjukkan, ontologi yang dibangunkan menggunakan kerangka pembangunan yang dicadangkan dapat membantu pengguna meluaskan pencarian maklumat berkaitan domain Ibadah melalui 'istilah berkaitan’ yang disediakan sebagai tambahan kepada konsep asal yang digunakan oleh pengguna.,Master/Sarjana |
Pages: | 184 |
Call Number: | Q387.2.S594 2013 3 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476174 |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74754+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.99 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.