Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476160
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Dalbir Singh, Dr. | |
dc.contributor.author | Amirul Azuani binti Romle (P50163) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:14:12Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:14:12Z | - |
dc.date.issued | 2013-08-22 | |
dc.identifier.other | ukmvital:74672 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476160 | - |
dc.description | Penglibatan ibubapa di dalam proses pembelajaran anak-anak di peringkat awal usia memberikan impak yang positif terhadap pencapaian pelajaran mereka. Justeru, penglibatan ibubapa di dalam proses pembelajaran anak-anak adalah penting dan harus dititikberatkan. Di Malaysia, penglibatan ibubapa secara lazimnya adalah melalui Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) serta perjumpaan ibubapa dan guru. Namun, kaedah ini dilihat kurang berkesan pada masa sekarang memandangkan kebanyakan ibubapa pada masa kini bekerja dan tidak mempunyai masa untuk hadir ke sekolah secara fizikal. Lantaran itu, ramai ibubapa yang sukar untuk mengikuti perkembangan dan terlibat di dalam proses pembelajaran anak-anak secara konsisten. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang dapat menggalakkan penglibatan ibubapa melalui aplikasi teknologi maklumat, mencadangkan sebuah model kolaborasi ibubapa dan sekolah dan seterusnya menguji kebolehlaksanaan model melalui pengujian prototaip. Kajian soal selidik awal dijalankan ke atas sekumpulan ibubapa di tiga buah sekolah di daerah Sepang. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap penglibatan ibubapa di sekolah rendah dan mengenal pasti keperluan ibubapa terhadap sebuah sistem maklumat ibubapa. Model Kolaborasi Ibubapa dan Sekolah (KIS) telah diperkenalkan hasil daripada kajian kesusasteraan dan soal selidik awal. Model ini menekankan kerjasama di antara ibubapa dan pihak sekolah di dalam sebuah persekitaran pendidikan. Melalui Model KIS, prototaip Sistem Maklumat Integrasi Ibubapa dibangunkan untuk menguji kebolehlaksanaan model yang dicadangkan. Pengujian terhadap sistem prototaip dilakukan melalui kajian soal selidik lanjutan terhadap sekumpulan ibubapa di Daerah Sepang. Analisis keperihalan, ujian korelasi Spearman’s Rho dan ujian kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha telah dijalankan. Dapatan kajian mendapati bahawa kebanyakan responden bersetuju bahawa sistem prototaip dapat membantu mereka mengeratkan hubungan dengan pihak sekolah serta meningkat minat mereka untuk terlibat di dalam pembelajaran anak-anak.,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kolaborasi Ibubapa dan sekolah (KIS) | |
dc.subject | Sekolah rendah | |
dc.subject | Sepang | |
dc.subject | Information technology | |
dc.title | Model kolaborasi ibubapa dan sekolah (KIS) : kajian kes sekolah rendah di Daerah Sepang | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 158 | |
dc.identifier.callno | T58.5.A455 2013 3 | |
dc.identifier.barcode | 000848 | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74672+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.27 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.