Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476159
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Masnizah Mohd, Dr. | |
dc.contributor.author | Azura Ahmad (P53640) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:14:11Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:14:11Z | - |
dc.date.issued | 2013-06-03 | |
dc.identifier.other | ukmvital:74662 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476159 | - |
dc.description | Pengekstrakan maklumat dalam Soal Jawab (QA) merupakan satu kaedah dalam Capaian Maklumat bagi carian yang fokus kepada sesuatu topik. Kaedah ini menganalisis kueri dalam bahasa tabii dan mencari persamaan tertinggi dengan set soalan dalam soalan lazim dan jawapan yang terkandung dalam pangkalan data indeks perkataan. Kaedah ini dapat memberi jawapan yang memenuhi kehendak pengguna. Menyedari kekurangan kajian tentang topik Haji telah membuka ruang untuk penyelidik melakukan kajian yang bertujuan untuk menganalisis kaedah Soal Jawab dengan menggunakan pendekatan Model Ruang Vektor (VSM) bagi ibadah Saie dalam mengerjakan Haji dan Umrah. Maklumat berkaitan ibadah Saie yang diproses adalah dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini melibatkan analisis kajian lepas, terutamanya yang melibatkan sistem QA yang menggunakan kaedah bi-gram, WordNet dan VSM. Reka bentuk model kajian menggunakan teknik beg perkataan (BOW), soalan faktoid jenis WH bagi set soalan dan VSM iaitu pemberat perkataan dan persamaan kosinus. BOW digunakan untuk memecahkan set kueri dan jawapan untuk melakukan pemprosesan perkataan (pemangkasan, pembuangan simbol dan kata henti) bagi meningkatkan prestasi pengindeksan vektor. Pemberat perkataan Term Frequency-Inverse Document Frequency (TFIDF) digunakan untuk mencari persamaan padanan perkataan menggunakan formula padanan kosinus kueri dan jawapan bagi menentukan pemangkatan jawapan. Kejituan dan Dapatan digunakan bagi mendapatkan penilaian ketepatan pemangkatan capaian jawapan. Maklumat soalan dan jawapan berkaitan ibadah Saie didapati daripada sumber buku, web Islam tempatan dan antarabangsa adalah terhad. Hasil pemangkatan dokumen daripada Ujian Tertutup (set latihan) mendapati 80% Kejituan, 92% Dapatan dan 84% Fmeasure, manakala Ujian Terbuka (set ujian) mendapati 60% Kejituan, 75% Dapatan dan 67% F-measure. Hasil penilaian ini menunjukkan pendekatan VSM boleh diaplikasikan ke dalam Sistem Soal Jawab bagi ibadah Saie.,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Model ruang vektor | |
dc.subject | Saie | |
dc.subject | Question-answering systems | |
dc.title | Sistem soal jawab menggunakan model ruang vektor bagi ibadah Saie | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 75 | |
dc.identifier.callno | QA76.9.Q4.A998 2013 3 | |
dc.identifier.barcode | 000849 | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74662+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.18 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.