Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476148
Title: Visualisasi petua sekutuan data pesakit hilang pendengaran menggunakan pendekatan 2D dan 3D
Authors: Noor Azura binti Mohd Sharif (P28067)
Supervisor: Azuraliza Abu Bakar, Prof. Madya
Keywords: Visualisasi
Data
Pesakit hilang pendengaran
Pendekatan 2D dan 3D
Information visualization
Issue Date: 3-Feb-2012
Description: Visualisasi maklumat merupakan satu bidang yang penting dalam perlombongan data. Perlombongan data melibatkan proses pengekstrakan sejumlah besar pengetahuan berguna dari data. Perlombongan petua sekutuan merupakan satu fungsi dalam perlombongan data. Petua sekutuan digunakan untuk mencari corak atau hubungkait di antara atribut yang kerap berlaku di dalam data dan membentuk petua daripadanya. Antara masalah yang dikenalpasti dalam perlombongan petua sekutuan ialah data yang terlalu kompleks, kekeliruan terhadap maklumat dan bebanan kognitif. Petua sekutuan yang kompleks sukar difahami dan menyebabkan proses analisis pengetahuan menjadi kurang berkesan. Oleh itu, pendekatan visualisasi petua sekutuan diperkenalkan untuk meningkatkan kebolehan menginterpretasi corak atau pengetahuan yang kompleks. Kajian kes ke atas data pesakit hilang pendengaran dibuat dengan mengekstrak petua sekutuan dan visualisasi petua ini dinilai. Kajian ini melibatkan pembangunan model prototaip visualisasi bagi memvisualkan petua-petua sekutuan yang dijana oleh algoritma Apriori daripada set data pesakit hilang pendengaran. Perisian WEKA (Waikato Environment for Knowledge Analysis) digunakan untuk perlombongan petua sekutuan. Model prototaip visualisasi ini kemudiannya akan diintegrasikan dengan perisian WEKA. Kerangka kerja perlombongan dua fasa yang digunakan adalah pemprosesan data dan visualisasi. Model visualisasi dan kerangka kerja antaramuka pengguna digunakan dalam proses visualisasi. Teknik visualisasi yang digunakan adalah graf bar 3D, graf garis dan jadual. Implementasi teknik-teknik ini dibuat dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Java. Hasil kajian adalah satu model prototaip antara muka yang mengaplikasikan teknik visualisasi 2D dan 3D bagi visualisasi petua sekutuan yang diperlukan dalam bentuk yang lebih efisyen, praktikal, mudah difahami, dipelajari, dikenal pasti dan dinavigasi. Berdasarkan keputusan ujian kebolehgunaan yang telah dijalankan, purata skala jawapan yang diberikan oleh pengguna adalah 4.54 yang menunjukkan bahawa pengguna telah bersetuju dan berpuas hati terhadap teknik visualisasi yang diaplikasikan. Pengguna juga bersetuju dengan penggunaan mekanisme interaktif menjadikan lebih mesra pengguna semasa pencarian maklumat. Sehubungan itu, hasil daripada ujian juga menunjukkan bahawa teknik visualisasi boleh mewakili data dengan baik malah mampu menjadikan data lebih menarik. Dengan memanfaatkan kelebihan teknik visualisasi, penggunaannya dalam membuat keputusan dapat dioptimumkan sekiranya teknik visualisasi digunakan mengikut kesesuaian data yang ingin dipersembahkan. Maklumat yang ingin disampaikan juga akan lebih efektif dan efisyien.,Master/Sarjana
Pages: 120
Call Number: QA76.9.I52.N646 2012
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476148
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74599+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.39 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.