Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476132
Title: | Model integrasi sistem berasaskan perisian sumber terbuka (OSS) : kajian kes di Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Awam (BPMJPA) |
Authors: | Azwan bin Mohamed (P47882) |
Supervisor: | Kamsuriah Binti Ahmad, Dr. |
Keywords: | Model integrasi sistem Perisian sumber terbuka (OSS) Bahagian Pengurusan Maklumat Jabatan Perkhidmatan Awam (BPMJPA) Open source software |
Issue Date: | 10-Aug-2011 |
Description: | Sistem aplikasi merupakan satu komponen penting dalam menyokong perjalanan organisasi. Dalam era teknologi maklumat, pergerakan dan capaian maklumat yang pantas merupakan misi kritikal bagi semua bisnes organisasi. Adalah penting bagi setiap organisasi mempunyai satu jaringan sistem yang mantap dan dapat menghubungkan kesemua sistem yang ada supaya penggunaan maklumat kritikal dapat dioptimumkan. Kaedah pengintegrasian antara sistem, dilihat mampu merealisasikan cabaran ini. Pun begitu, kaedah dan proses kerja pengintegrasian sistem ini bukan satu tugas yang mudah kerana ia melibatkan pelbagai bentuk sistem dan latar belakang organisasi yang berbeza. Objektif utama penyelidikan ini bertujuan untuk mencadangkan satu model integrasi sistem BPMJPA yang baru. Penyelidikan dilaksanakan melalui metodologi kajian yang merangkumi Fasa Kajian, Fasa Analisis, Fasa Rekabentuk, Fasa Pembangunan, dan Fasa Pengujian. Sebagai sokongan kepada model penambahbaikan model integrasi tersebut, satu pembangunan prototaip berpandukan perisian Opensyncro telah dihasilkan. Opensyncro merupakan satu peralatan integrasi yang dikategorikan sebagai perisian sumber terbuka (OSS). Fasa Pengujian telah dilaksanakan dengan mengambil kira senario pengujian sebenar yang melibatkan Jabatan A (Pemilik Rekod Peribadi Penduduk Malaysia) dan Jabatan B (Pengurus Sumber Manusia Kakitangan Awam). Ujian yang dilaksanakan telah membuktikan pertukaran maklumat secara elektronik antara Jabatan A dan B telah berjaya direalisasikan. Dapatan penyelidikan ini merupakan satu model integrasi sistem baru BPMJPA yang berjaya mengatasi tiga masalah utama iaitu kos pembangunan tinggi, keperluan perkakasan yang banyak dan kebergantungan tinggi kepada produk dan perisian berbayar. Selain itu juga, prototaip yang dinamakan Alat Bantuan Integrasi myINTEGRATION berupaya memberikan pilihan alternatif kepada BPMJPA khususnya dan organisasi lain amnya untuk melaksanakan projek pembangunan integrasi sistem dengan kos yang minimum.,Master/Sarjana |
Pages: | 141 |
Call Number: | QA76.76.S46.A998 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476132 |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74512+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.56 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.