Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476128
Title: Perisian permainan mobil berasaskan cerita rakyat
Authors: Nurul Fizah Mohamad Nusran (P38342)
Supervisor: Nor Azan Hj Mat Zin, Prof Madya Dr.
Keywords: Permainan mobil
Cerita rakyat
Computer games -- Design
Issue Date: 19-Jul-2011
Description: Cerita rakyat merupakan sebahagian daripada tradisi lisan iaitu ekspresi budaya yang mencerminkan norma-norma dan tingkah laku suatu bangsa. Cerita rakyat diwarisi secara turun temurun dari satu generasi kepada generasi berikutnya khususnya kanakkanak dan remaja melalui penceritaan. Ia bertujuan untuk menghibur dan mendidik mereka melalui nilai-nilai murni yang terkandung dalam cerita rakyat tersebut. Namun era perkembangan teknologi kini telah mempengaruhi gaya hidup masyarakat dan menyebabkan tradisi bercerita ini semakin lama semakin hilang dan dilupakan oleh generasi muda. Kebanyakan ibu bapa pada masa kini sibuk dan banyak menghabiskan masa bekerja berbanding dengan keluarga. Teknologi seperti televisyen, komputer dan konsul permainan mengambil peranan sebagai alat hiburan kepada anak-anak. Oleh itu, mereka lebih terdedah kepada cerita rakyat dari negara luar dan kandungan permainan yang juga kurang bersesuaian dengan norma kehidupan dan budaya rakyat tempatan. Permainan sentiasa popular dan digemari oleh remaja dan kanak-kanak. Justeru, satu kajian dijalankan bagi menghasilkan sebuah kerangka konsep perisian permainan mobil yang berasaskan cerita rakyat tempatan. Kerangka konsep tersebut dibina dengan menggabungkan teknik penceritaan dalam perisian permainan untuk memberi kesedaran dan mempromosi cerita kepada pengguna khususnya tentang seni dan budaya serta nilai murni yang terkandung dalam sesebuah cerita rakyat. Bagi mengimplementasi kerangka konsep tersebut, satu prototaip perisian permainan yang berasaskan kepada teknologi telefon mudah alih, GO.ML dihasilkan. Ia dibangun mengguna cerita rakyat Melayu iaitu peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Melaka. Adaptasi gabungan dua metodologi; Iterative Prototyping dan proses pembangunan permainan diguna untuk pembangunan prototaip. Dua perisian utama diguna iaitu, Adobe Flash CS3 dan Adobe Device Central yang menyokong pembangunan aplikasi telefon mudah alih. Pengujian dan penilaian dilakukan terhadap 50 orang responden menggunakan telefon mudah alih yang dilengkapi dengan perisian Flash Lite 2.0. Perisian prototaip ini dinilai kepenggunaannya daripada tiga aspek iaitu, keboleh bermain (jalan cerita dan matlamat jelas), mudah guna dan keberkesanan. Borang kaji selidik menggunakan skala Likert lima peringkat (1 = sangat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = tidak pasti, 4 = setuju dan 5 = sangat setuju) untuk mengukur persetujuan responden. Hasil penilaian mendapati bahawa skor min bagi tahap keboleh bermain untuk jalan cerita permainan ialah 4.14 dan 5.00 untuk matlamat permainan disampaikan dengan jelas. Manakala bagi aspek mudah guna, skor purata 4.66 dan 4.14 bagi mewakili antara muka yang menarik dan mudah digunakan. Hasil penilaian juga menunjukkan bahawa responden bersetuju perisian GO.ML merupakan kaedah yang berkesan (skor purata 4.00) untuk mempopular semula cerita rakyat di kalangan generasi muda.,Master
Pages: 158
Call Number: QA76.76.C672.N847 2011
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476128
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74347+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
7.89 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.