Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476126
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nor Azan Haji Mat Zin, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Ili Farhana binti Md Mahtar (P 43803) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:13:50Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:13:50Z | - |
dc.date.issued | 2011-05-05 | |
dc.identifier.other | ukmvital:73582 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476126 | - |
dc.description | E-Learning merupakan satu alternatif kepada sistem tutor tradisional. Salah satu daripada aplikasi e-learning ialah Sistem Pendidikan Adaptif dan Cerdas berasaskan Web (SPACW) yang terdiri daripada model pengguna, model pengetahuan dan enjin taakulan. Model pengguna dalam SPACW bertindak secara adaptif dengan membina model bagi tujuan, pengetahuan dan kecenderungan setiap individu seperti stail pembelajaran pelajar. Penggunaan stail pembelajaran dalam SPACW dapat mengurangkan beban kognitif pelajar dalam mensintesis dan menganalisis maklumat baru. Walaupun SPACW sudah banyak dibangunkan, aspek adaptif yang dikaji adalah berbeza. Dengan adanya model pengguna, SPACW dapat membantu pengguna dalam mengawal navigasi dan maklumat yang diterima. Salah satu masalah SPACW ialah pengetahuan yang dimodelkan tidak boleh dikongsi dan diguna semula oleh aplikasi lain. Oleh itu, bagi membolehkan pengetahuan dikongsi dan diguna semula, pengetahuan diwakilkan dengan ontologi yang membenarkan perkongsian dan penggunaan semula. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti teknik perwakilan pengetahuan bagi e-learning Matematik, membina ontologi yang boleh diguna semula bagi mewakilkan pengetahuan, mengaplikasikan stail pembelajaran dalam prototaip SPACW dan mengimplementasi prototaip berasaskan ontologi. Prototaip yang dinamakan sebagai K-Stailo ini memfokus kepada tajuk Peratus serta menggunakan model stail pembelajaran yang terdiri daripada pemprosesan kognitif dan kecenderungan modaliti. Hasil dapatan kajian ini ialah ontologi Peratus dan ontologi stail pembelajaran. Ontologi Peratus diwakilkan dengan format Open Mathematical Documents (OMDoc) yang berasaskan ontologi matematik. Ontologi stail pembelajaran pula mengguna format Resource Description Framework (RDF) berdasarkan kaedah Ontology Development 101. Resource Description Framework attributes (RDFa) digunakan untuk integrasi antara OMDoc dan RDF. K-Stailo dibangun berdasarkan metodologi Analysis dan Reka Bentuk berorientasikan Objek yang menggunakan kitar hayat Rational Unified Process (RUP) serta notasi Unified Modeling Language (UML). Ontologi Peratus diuji dengan menukarkan format OMDoc kepada HTML dan membandingkannya dengan dokumen asal iaitu buku teks Matematik Tingkatan 1. Ontologi stail pembelajaran pula diuji menggunakan SPARQL dan RDF Validator. Kedua-dua ontologi diuji mengguna metod pengujian kotak hitam dan disahkan oleh pakar domain yang berkaitan. Hasil pengujian pakar domain menunjukkan 14/17 (82%) sub-tajuk mendapat 100% pengesahan (sangat sah), 2/17 (12%) sub-tajuk mendapat 80% pengesahan (sah) dan 1/17 (6%) sub-tajuk mendapat 60% pengesahan (sederhana sah).,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | eng | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Sistem pendidikan adaptif dan cerdas berasaskan web (SPACW) | |
dc.subject | Pendekatan ontologi | |
dc.subject | Semantic Web | |
dc.title | Sistem pendidikan adaptif dan cerdas berasaskan web (SPACW) menggunakan pendekatan ontologi | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 154 | |
dc.identifier.callno | TK5105.88815.I445 2011 | |
dc.identifier.barcode | 000790 | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_73582+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.99 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.