Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475952
Title: Prinsip siyadat al-shari'ah (kedaulatan syariah) dalam masyarakat majmuk berdasarkan piagam Madinah dan aplikasi di Malaysia
Authors: Muhammad Firdaus Zailani (P85224)
Supervisor: Zulkifli Mohamad al-Bakri Dr.
Keywords: Kedaulatan Syariah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Oct-2013
Description: Kajian terhadap konsep politik Islam dalam masyarakat majmuk khususnya dalam sebuah negara seperti Malaysia adalah amat penting. Ini kerana negara ini sering diiktiraf sebagai sebuah negara Islam walaupun ia terdiri daripada sebuah masyarakat majmuk yang berbilang agama. Oleh itu dalam mengurus kepelbagaian yang sedia ada, ia memerlukan kepada kefahaman yang menyeluruh terhadap politik Islam agar memastikan negara Islam yang terbentuk masih lagi selari dengan kehendak asal syarak. Maka kajian ini bertujuan untuk mengkaji aplikasi prinsip siy?�dat al-shar?��?ah (kedaulatan syariah) dalam masyarakat majmuk dengan merujuk kepada Piagam Madinah serta bagaimana ia diaplikasi di Malaysia. Kajian ini menggunakan metode kualitatif yang berbentik analisis dokumen terhadap pelbagai sumber serta temu bual pakar secara separa berstruktur. Dalam menganalisis aplikasi di Malaysia, pengkaji memilih untuk meninjau secara mendalam melalui tiga perspektif iaitu Perlembagaan Persekutuan, peranan Jakim serta pengiktirafan oleh masyarakat. Data terkumpul dianalisis secara diskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati bahawa prinsip ini adalah antara perkara asas dalam siy?�sah shar�?iyyah selain prinsip keadilan dan syura. Melalui prinsip ini juga, lahirnya konsep �?aqd al-dhimmah iaitu antara tanggungjawab asas dalam mengurus masyarakat majmuk. Selain itu, ia juga antara perkara asas yang digariskan oleh Nabi SAW dalam membentuk Piagam Madinah. Melalui penilaian aplikasi di Malaysia, kajian menggariskan bahawa prinsip ini mempunyai asas yang kukuh di negara ini namun terdapat ruang yang menuntut kepada pemerkasaan daripada semua pihak agar ia dapat ditegakkan secara menyeluruh dan sempurna. Melalui kajian ini, perbahasan ilmu tentang prinsip siy?�dat al-shar?��?ah dapat dikembangkan dengan menjadikan Piagam Madinah sebagai salah satu sandaran utama dalam melihat aplikasi prinsip ini oleh Nabi SAW sendiri. Ia juga memberi implikasi yang signifikan terhadap masyarakat dan kerajaan yang terlibat dalam pembuatan dasar untuk memberi kefahaman yang sebenar terhadap maksud politik Islam serta cita-cita yang mendasarinya. Salah faham sebelum ini yang melihat politik Islam terlalu sempit atau terlalu terbuka dapat ditangani dengan memahami kepentingan prinsip siy?�dat al-shar?��?ah.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 162
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.