Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475947
Title: Pengaruh bengkel merancang kerjaya terhadap motivasi belajar dikalangan pelajar berpencapaian rendah di sebuah sekolah menengah
Authors: Rasidah binti Omar
Supervisor: Datin Prof. Madya Dr. Amla binti Salleh
Keywords: Pengaruh
Motivasi
Pelajar
Underachievers -- Education -- Malaysia
Issue Date: 10-Jan-2008
Description: Kajian ini bertujuan untuk melihat profil motivasi belajar serta pengaruh bengkel merancang kerjaya terhadap motivasi belajar di kalangan pelajar berpencapaian rendah. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuasi eksperimen tanpa kumpulan kawalan.Seramai 40 orang ( 27 orang lelaki; 13 orang perempuan ) pelajar tingkatan 4 dari sebuah sekolah menengah di pinggir bandar telah mengikuti bengkel kerjaya sehari dengan menggunakan modul kerjaya. Data telah dikumpulkan melalui alat kajian berbentuk soal selidik bagi menjawab persoalan kajian. Soal selidik terbahagi kepada empat bahagian iaitu borang maklumat diri pelajar, borang pra-ujian, borang pasca-ujian dan borang maklumbalas bengkel merancang kerjaya dengan reliabiliti 0.7615. Data dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif min, peratusan dan ujian-t. Dapatan menunjukkan perbezaan min pada semua aspek yang diukur dan min pasca lebih besar daripada min pra pada tahap aras signifikan 0.01. Dapatan juga menunjukkan perbezaan min aspek teknikal (elemen kerjaya) yang paling tinggi berbanding dengan aspek-aspek lain. Responden menyatakan mereka rasa seronok, dihargai dan bengkel ini sangat berguna serta bermaklumat.Responden sangat setuju bahawa bengkel merancang kerjaya ini dapat mempertingkatkan motivasi belajar serta membantu diri mereka dalam merancang kerjaya masa depan.,Sarjana Pendidikan
Pages: 125
Call Number: LC4697.M4.R346 2003 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.