Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475943
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Prof. Madya Mohd Ridzuan bin Awang | - |
dc.contributor.author | Afiffudin Bin Mohammed Noor | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:43:22Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:43:22Z | - |
dc.date.issued | 2011-06 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:70836 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475943 | - |
dc.description | Wakaf merupakan salah satu instrumen penting di dalam perbendaharaan negara. Ia merupakan satu sumber kewangan bersifat kebajikan yang begitu unik yang dapat membantu dalam menjana ekonomi umat Islam. Namun begitu, kemunculan konsep istibdal wakaf menjadikan sistem ini lebih produktif serta berupaya menyediakan pelaburan kewangan yang lebih baik dan stabil. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengkaji tentang pelaksanaan istibdal wakaf dalam pembangunan harta wakaf di Negeri Kedah. Antara aspek yang ditekankan dalam kajian ini adalah pendirian imam empat mazhab terhadap istibdal wakaf dalam mengiktiraf konsep ini. Objektif utama kajian ini adalah bagi mengemukakan konsep istibdal wakaf dan pelaksanaannya di Negeri Kedah. Secara umumnya, kajian ini adalah berasaskan kepada dua metodologi yang utama iaitu kajian kepustakaan dan juga kajian lapangan. Bagi kajian kepustakaan ia dilakukan dengan mengumpul data dan maklumat berkenaan wakaf daripada sumber-sumber asas serta dilakukan pertarjihan yang terperinci ke atasnya. Kajian lapangan pula dilakukan dengan mengumpul data dan maklumat berkenaan pengurusan dan pentadbiran harta wakaf di Majlis Agama Islam Kedah serta tinjauan dan temubual dengan pihak yang tertentu. Dari sudut lain, kajian ini tertumpu kepada pelaksanaan konsep istibdal wakaf di Negeri Kedah dengan menganalisis beberapa kes yang berkaitan dengannya. Pada keseluruhan kajian, didapati pelaksanaan konsep ini memberi banyak manfaat dan faedah kepada masyarakat awam berbanding ia dikekalkan dalam bentuknya yang asal. Hakikatnya, pelaksanaan konsep ini juga menzahirkan kelenturan dan keutuhan sistem wakaf dalam menyediakan kemudahan dan bantuan kepada umat Islam. Akhir sekali, kajian ini diharap dapat dijadikan sumbangan idea kepada masyarakat dalam memahami aturan Islam serta menzahirkan keunggulan Islam menerusi syariatnya.,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Harta | - |
dc.subject | Wakaf | - |
dc.subject | Kedah | - |
dc.subject | Charitable uses | - |
dc.subject | trusts | - |
dc.subject | and foundations (Islamic law) -- Malaysia -- Kedah | - |
dc.title | Pelaksanaan Istibdal Wakaf Dalam Pembangunan Harta Wakaf Di Negeri Kedah | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 106 | - |
dc.identifier.callno | BP158.W26.A358 2011 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.