Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475938
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorProf. Madya Dr. Muhd. Najib Abdul Kadir-
dc.contributor.authorNazneen Binti Ismail-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:43:18Z-
dc.date.available2023-10-05T06:43:18Z-
dc.date.issued2006-05-10-
dc.identifier.otherukmvital:69671-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475938-
dc.descriptionHaqii'iq al-Tafsir dan Latii 'if al-Ishiirdt merupakan dua buah karya tafsir siifi ishiiri yang dihasilkan oleh tokoh tasawuf terkenal iaitu Imam aI-SuI ami dan Imam al- Qushayri. Namun begitu, kedua-dua kitab ini tidak begitu mendapat perhatian para pengkaji. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan dua orang tokoh ini berserta sumbangan mereka dalam bidang tafsir dan membandingkan metode yang digunakan oleh kedua-duanya. Kajian ini berbentuk analisis dokumen dengan mengumpulkan data daripada subjek kajian berdasarkan isu-isu tertentu iaitu pandangan kedua tokoh terhadap tafsir zahir, pengulangan dalam al-Qur'an, penafsiran huruf muqauaah, rangkuman ayat-ayat tafsiran, petikan al-Qur'an dan hadis sebagai penguat, pemyataan asbiib al-nuziil, tafsiran ayat hukum, tafsiran ayat mutasyiibihiit dan tafsir ayat qasas al-Qur'an. Beberapa tafsiran ayat telah dipilih dan dianalisis menggunakan metode komparatif dan deskriptif. Hasil kajian mendapati sambutan para ulama lebih memihak kepada tafsir Imam al-Qushayri berbanding tafsir Imam al- Sulami. Ini kerana karya Imam al-Qushayri dilihat lebih berupa pemurnian kepada tafsir yang dibuat oleh Imam al-Sulami berikutan pendekatan Imam al-Qushayri yang menafsirkan semua ayat al-Qur'an sedangkan Imam aI-SuI ami tidak berbuat demikian. Ini juga menjadikan pemikiran Imam al-Qushayri lebih mudah dibaca berbanding Imam al-Sulami. Namun begitu, kedua-dua kitab ini menggunakan metode tafsir siifi ishiiri yang tidak bersalahan dengan syarat-syarat yang digariskan oleh para mufassir. Keseiringan tema karya mereka berdua juga menggambarkan pengaruh Imam al- SuI ami terhadap Imam al-Qushayri dalam perjalanan keilmuannya. Kajian ini dapat memberikan gambaran berkenaan kepentingan tafsir siifi ishiiri di samping menjelaskan metodologi penafsiran yang digunakan oleh kedua-dua tokoh tasawuf ini. Kajian ini juga dapat menjadi pencetus kepada kajian yang lebih mendalam dan menjurus kepada karya-karya tafsir siifi ishdri yang lain.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectQur'an -- Criticism, interpretation, etc.-
dc.titleMetodologi Tafsir Sufi Ishari Dalam Haqa'iq Al-Tafsir Dan Lata'if Al-Isharat-
dc.typeTheses-
dc.format.pages119-
dc.identifier.callnoBP130.4.N337 2011 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.