Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475933
Title: | Pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di tempat perlindungan (shelter) tenaga kerja Indonesia bermasalah, Kedutaan Besar Republik Indonesia, Kuala Lumpur |
Authors: | Bertha Lina Efendi |
Supervisor: | Prof. Datin Dr. Amla Mohd. Salleh |
Keywords: | Kaunseling Perkhidmatan Perlindungan Indonesia Shelter Counseling |
Issue Date: | 25-Jun-2011 |
Description: | Laporan praktikum ini telah dilaksanakan oleh kaunselor pelatih di tempat perlindungan (shelter) tenaga kerja Indonesia bermasalah, Kedutaan Besar Republik Indonesia, Kuala Lumpur selama 14 minggu. Praktikum bermula pada 5 Disember 2005 hingga 10 Mac 2006. Laporan praktikum ini telah memberikan suatu gambaran yang jelas dan juga memberikan kefahaman yang lebih baik kepada kaunselor pelatih mengenai permasalahan yang dihadapi oleh penghuni shelter. Aktiviti-aktiviti praktikum yang dijalankan merangkumi sesi kaunseling, bimbingan, konsultasi, pengurusan dan pentadbiran dan penyelidikan khusus. Kaedah penulisan log harian dan mingguan serta rakaman sesi digunakan bagi tujuan pengumpulan data, maklumat, penyeliaan dan penilaian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah deskriptif yang mengemukakan nilai peratusan dan kekerapan. Berdasarkan hasil dapatan praktikum, didapati sebanyak 67 peratus daripada populasi klien telah mendapat perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok. Jenis masalah yang kerap dirujuk ialah masalah trauma penderaan fizikal, trauma penderaan seksual dan trauma sebagai mangsa pekerja seks. Data menunjukkan bahawa klien dengan suku Jawa , beragama Islam, berumur antara 15 - 20 tahun, berlatarbelakang pendidikan SMP (SRP), berlatar belakang pekerjaan pembantu rumah, dan sudah berada di shelter antara 1 - 4 bulan, yang paling ramai menjalani sesi kaunseling. Kaunselor pelatih juga telah menjalankan kajian yang bertajuk Ciri-ciri mangsa pekerja seks". Salah satu implikasi kajian mendapati institusi keluarga mempunyai peranan sangat penting dalam membangun perkembangan personaliti remaja dan perlunya pendedahan tentang perdagangan wanita secara meluas untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahaya sindiket pelacuran. |
Pages: | 155 |
Call Number: | BF636.6.B445 2006 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.