Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475932
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Prof. Madya Mohd Ridzuan bin Awang | - |
dc.contributor.author | Ahmad Mahir Bin Zainal | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:43:14Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:43:14Z | - |
dc.date.issued | 2011-04-28 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:69039 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475932 | - |
dc.description | FELDA Kemahang yang terletak di daerah Tanah Merah, negeri Kelantan Darul Nairn merupakan salah satu penempatan FELDA yang telah dibangunkan seiring dengan penempatan-penempatan FELDA yang lain bermatlamat untuk mengurangkan kadar kemiskinan masyarakat negeri itu. Namun begitu, terdapat beberapa isu berbangkit tentang pengurusan harta pusaka masyarakat FELDA di mana berlaku kelewatan serta penangguhan kes pembahagian pusaka di dalam masyarakat FELDA tersebut. Justeru, kajian ilmiah telah dijalankan di FELDA Kemahang Tiga untuk meninjau prosedur pengurusan harta pusaka peneroka yang telah meninggaI dunia dan meneliti kajian kes- kes pusaka yang masih belum dapat diselesaikan dari tahun 1990 sehingga tahun 2009. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji bagaimana pengurusan harta pusaka peneroka FELDA dijalankan, mengenal pasti peruntukan yang digunakan di dalam pengurusan harta pusaka masyarakat FELDA dari segi pemilikan tanah pusaka yang dibicarakan di Pejabat FELDA dan juga pembahagian tanah pusaka yang dibicarakan di Pejabat Tanah dan Jajahan, serta mengkaji masalah yang menyumbang kepada berlakunya kes-kes tertunggak. Metodologi kajian yang digunakan di dalam penyelidikan ini ialah kajian perpustakaan yang mana merujuk buku-buku penulisan primer dan sekunder berkaitan kajian, kajian Iapangan dengan menemubual pihak-pihak FELDA Kemahang Tiga, dan kajian mengenai data kes pusaka yang terdahulu. Basil kajian melalui beberapa temu bual bersama Pengurus FELDA Kemahang Tiga dan Penyelia Ladang (Bahagian Pusaka) telah mendapati bahawa terdapat 55 kematian peneroka FELDA Kemahang Tiga direkodkan sepanjang tahun 1990 hingga 2009 dan hanya enam kes sahaja yang masih tertunggak sehingga kini. Masalah kepada penangguhan kes pusaka dari tahun 1990 sehingga kini adalah berpunca daripada faktor sikap waris si mati yang tiada pengetahuan luas dan juga faktor peruntukan undang-undang. Penulis juga tidak menolak faktor kelemahan kurang kerjasama pihak-pihak waris si mati dengan pengurusan pihak pejabat FELDA dan Pejabat Tanah juga menyumbang kepada tertunggaknya kes pus aka peneroka FELDA. Di akhir kajian ini, penulis telah menyertakan beberapa cadangan untuk memperbaiki kelemahan pengurusan pusaka dan mengurangkan kadar kes-kes pusaka tertunggak di tanah rancangan FELDA seperti mengadakan kempen dan kursus kefahaman tentang pengurusan pusaka FELDA, mengkaji semula sekatan-sekatan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, mengadakan penyelarasan pemberian hakmilik antara FELDA dan Kerajaan Negeri, dan mewujudkan penambahbaikan dari segi pengurusan pejabat FELDA Kemahang Tiga.,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Harta Pusaka | - |
dc.subject | Felda | - |
dc.subject | Penempatan | - |
dc.subject | Inheritance and succession (Islamic law) -- Malaysia -- Kelantan | - |
dc.title | Pengurusan Harta Pusaka Di Rancangan Pembangunan Tanah Kawasan-Kawasan Penempatan Berkelompok: kajian Kes Di Felda Kemahang Tiga Kelantan Darul Naim | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 119 | - |
dc.identifier.callno | BP158.I45.A353 2011 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.