Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475929
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Dr.Azwira Abd. Aziz | - |
dc.contributor.author | Sakinah Binti Saptu | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:43:12Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:43:12Z | - |
dc.date.issued | 2011-08-11 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:68898 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475929 | - |
dc.description | Kajian dijalankan bagi memperkenalkan konsep al-Tasfiyah dan menunjukkan bahawa ia adalah manhaj para Nabi dalam berdakwah dan bukan ideologi yang dibawa oleh mana-mana pihak atau gerakan. Dari sudut yang lain pula, ia bertujuan untuk mengenalpasti kefahaman dan akidah masyarakat Islam. Untuk mencapai tujuan tersebut, kajian yang hanya memfokuskan kepada al- Tasfiyah dalam akidah ini dilakukan menggunakan metode analisis kandungan dengan memilih al-Sahlbain sebagai sample kajian. Manakala pengumpulan data pula dilakukan menerusi kaedah takhrij hadis berkomputer dan tradisi. Kajian pengkaji terhadap ayat al-Qur'an dan hadis Nabi s.a.w. telah berjaya mengumpulkan sebanyak 24 ayat al-Qur'an dan 48 buah hadis yang menunjukkan kepada konsep al-Tasfiyah dalam akidah. Penting untuk dinyatakan bahawa jumlah itu bukanlah menggambarkan keseluruhan ayat al- Qur'an dan hadis berkaitan pentasfiyahan akidah tetapi lebih kepada sekadar untuk membuktikan kewujudannya dalam al-Qur'an dan hadis Nabi s.a.w. Maka melalui kajian dan pengumpulan tersebut secara tidak langsung menunjukkan bahawa konsep al-Tasfiyah layak dikategorikan sebagai epistemologi Islam dan ia merupakan manhaj dakwah para Nabi yang terkandung dalam al-Qur'an dan hadis Nabi s.a.w. Kajian juga berjaya memperlihatkan bahawa ia bukan satu ideologi mahupun teori yang dibangunkan oleh mana-mana tokoh untuk menyokong perjuangan mereka dalam mengislahkan masyarakat Islam. Di samping itu, ia juga menunjukkan bahawa al- Qur'an dan hadis Nabi s.a.w. terlebih dahulu telah memanifestasikan konsep al- Tasfiyah dalam usaha mendidik manusia ke arahjati diri Muslim yang sebenar.,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Al-Tasfiyah | - |
dc.subject | Akidah | - |
dc.subject | Al-Quran | - |
dc.subject | Al-Sunnah | - |
dc.subject | Islam -- Doctrines | - |
dc.title | Konsep Al-Tasfiyah (Pemurnian) Dalam Akidah Menurut Al-Quran Dan Al-Sunnah | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 188 | - |
dc.identifier.callno | BP165.5.S235 2011 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.