Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475916
Title: Masalah Kekeluargaan Dan Kaitannya Dengan Salah Laku Pelajar Muslim: Kajian Di Sekolah Menegah Daerah Jerantut
Authors: Azida binti Abu Kasim
Supervisor: Prof.Madya Dr. Hashim Mehat
Keywords: Masalah
Keluarga
Pelajar
Muslim
Sekolah
Islam and social problems - - Pahang - -Jerantut
Issue Date: 30-Jan-2012
Description: Senario gejala sosial masyarakat Islam kini semakin serius dan membimbangkan. Hal ini menggambarkan bahawa keperibadian dan jati diri masyarakat Islam berada pada tahap yang sangat rendah. Fenomena ini juga menyaksikan banyak gejala sosial yang merosakkan kehidupan anak-anak khususnya pelajar Muslim akibat permasalahan yang timbul dalam institusi kekeluargaan itu sendiri. Oleh itu kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti perkaitan antara masalah kekeluargaan seperti tahap sosioekonomi, pendidikan agama, kawalan keluarga serta hubungan dan interaksi dengan salah laku dalam kalangan pelajar Muslim di Daerah Jerantut, Pahang. Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah menengah yang mempunyai kadar kekerapan salah laku tertinggi di daerah Jerantut yang terdiri daripada 109 orang responden tingkatan empat. Instrumen kajian yang digunakan merupakan adaptasi daripada soal selidik Parental Behaviour Inventory (PBI), Paulson's Perception of Parenting Scale, soal selidik Skala Benda (1995) dan soal selidik Skala Delinkuen oleh Junger (1997) yang pernah digunakan oleh Fauzi Ishak (1990) untuk status sosioekonomi keluarga dan Azimah Saidon (1999) ) untuk masalah institusi kekeluargaan dengan sedikit pengubahsuaian yang telah dibuat oleh penulis .. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 18. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang tidak signifikan antara masalah sosioekonomi dan tahap hubungan dan interaksi dalam keluarga dengan salah laku dalam kalangan pelajar Muslim. Walau bagaimanapun terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pendidikan agama ibu bapa, dan gaya kawalan keluarga dengan salah laku pelajar Muslim. Kajian juga menunjukkan bahawa tahap salah laku dalam kalangan pelajar Muslim di Daerah Jerantut masih berada di tahap yang rendah. Kajian ini akhirnya mencadangkan agar kajian lanjutan dilakukan dengan populasi dan sampel yang lebih besar serta melibatkan ibu bapa atau penjaga sebagai responden agar isu yang besar ini dapat diselesaikan untuk meningkatkan sahsiah pelajar Muslim seterusnya mengembalikan syiar Islam di mata dunia .,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 137
Call Number: HN40.M6.A95 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.