Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475912
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Puan Junaidah | - |
dc.contributor.author | Ng Eng Keong | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:43:00Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:43:00Z | - |
dc.date.issued | 2012-06-29 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:42583 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475912 | - |
dc.description | Ipomoea aquatica berpotensi digunakan sebagai tumbuhan fitoremediasi bagi logam berat plumbum (Pb) kerana keupayaannya dapat hidup di kawasan yang dicemari oleh logam berat tersebut. Gen metalotionin (MTs) telah dikenalpasti terlibat dalam penyahtoksikan logam berat dalam tumbuhan yang dipercayai menyumbang kepada daya kerintangan yang tinggi terhadap logam berat Pb. Kajian ini dijalankan bagi memencil gen metalotionin daripada J aquatica serta mencirikan corak pengekspresannya apabila tumbuhan ini didedahkan kepada pelbagai dos Pb. RNA jumlah yang diekstrak daripada sampel kawalan digunakan sebagai templat bagi memencilkan jujukan separa gen metalotionin dengan menggunakan kaedah PCR transkripsi berbalik (RT-PCR) dan tindak balas 5' dan 3' RACE dilakukan untuk mendapat jujukan lengkap gen metalotionin. Manakala RNA jumlah yang diekstrak daripada sampel yang terdedah kepada logam berat Pb digunakan sebagai tempI at sintesis cDNA bebenang tunggal transkrip berbalik (RT-PCR) untuk analisis aras pengekspresan gen. Pencetus-pencetus MTIBF dan MTIBR yang digunakan dalam RT-PCR telah menghasilkan jujukan cDNA separa bersaiz 232 pb dan dinamakan Ja.MTUKMI. Pencetus MTIAF dan MTIAR disintesis berdasarkan jujukan separa ini dan digunakan dalam PCR RACE telah berjaya mendapatkan jujukan huluan dan hiliran cDNA gen metalotionin (Ja.MTUKM2) adalah bersaiz 626 pb manakala kawasan pengkodan bersaiz 228 pb dan mengekod protein yang mempunyai 76 asid amino. Penaburan residu sistein dalam asid amino l.a.MTUKM2 menunjukkan protein ini tergolong dalam kelas 1 jenis II keluarga metalotionin. Jujukan asid amino l.a.MTUKM2 menunjukkan 88% dan 68% identiti dengan Ipomoea batatas (BAD95645.1 dan BAD 95581.1; BAD 95644.1 dan AAD 10220.1), 69% dan 66% identiti dengan Nicotiana tabacum, Nicotiana plumbaginifolia dan Capsicum chinense masing-masing (CACI2823.1, Q4041O.1 dan CAI48068.1). Kepadanan yang lebih rendah diperhatikan bagi Capsicum annuum (AAX 20047.1), Solanum nigrum (ACFI0398.1), Solanum tuberosum (ABY21249.1) dan Camellia sinensis (ABD97882.1) iaitu 64%, 62%, 65% dan 57% identiti masing-rnasing. Analisis penghibridan Southern menunjukkan gen ini mempunyai sekurang-kurangnya dua salinan dalam genom J aquatica. Analisis RT-PCR menunjukkan gen Ja.MTUKMI diaruh secara signifikan oleh Pb dengan corak aras pengekspresan yang berbeza dalam tisu daun, batang dan akar. Sebagai kesimpulan, pengekspresan Ja.MTUKMI tidak berkadar linear dengan dos dan tempoh pendedahan Pb serta pengekspresannya adalah lebih tinggi dalam tisu daun dan akar.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Kangkung | - |
dc.subject | Tumbuhan | - |
dc.subject | Logam | - |
dc.subject | Plumbum | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pemencilan cDna Mengekod Metalotionin Kangkung (Ipomoea aquatica) Dan Pengekspresannya Terhadap Kehadiran Plumbun | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 153 | - |
dc.identifier.callno | QK495.C78.N466 2011 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.