Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475905
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzman Abdul Rahim, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNurshazwan Ja’afar (P100220)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:42:56Z-
dc.date.available2023-10-05T06:42:56Z-
dc.date.issued2020-12-23-
dc.identifier.otherukmvital:130790-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475905-
dc.descriptionDalam kajian ini, satu spesies amfipod yang hidup di dalam tiub dari genus Cerapus yang belum pernah diperihal telah berjaya dikumpulkan dari ND Divers House reef, Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah, Malaysia (4�26’43.2” U dan 118�39’08.1” T). Kajian ini terdapat dua objektif iaitu, (i) untuk memerihalkan potensi spesies marin baharu; dan (ii) untuk membandingkan secara terperinci spesimen yang telah diperihalkan dengan spesies lain di dalam genus yang sama. Spesimen telah dikumpulkan dengan bantuan selam SCUBA pada kedalaman 10.5 m. Spesimen telah diawet dengan menggunakan 4% formaldehid. Apendaj spesimen dibedah menggunakan stereomikroskop dan disimpan dalam slaid semi-kekal dilekap dalam gliserol dan dilukis di bawah mikroskop optik dan kamera lucida. Semua lakaran telah dilukis menggunakan Adobe Illustrator CS6 dan pemerihalan telah dilakukan berdasarkan lakaran pandangan lateral seluruh badan dan apendaj yang lengkap. Satu spesies baru dari genus Cerapus telah berjaya dijelaskan berdasarkan perincian pada ilustrasi dan pemerihalan. Spesies baru ini, Cerapus bumbumiensis sp. nov. boleh dibezakan dengan spesies lain dengan membandingkan ciri-ciri seperti karpus gnathopod 2 jantan dan C. bumbumiensis sp. nov. mempunyai gigi posterior yang panjang dan jelas dan juga gigi anterodistal yang sempurna dan jelas yang berkongsi ciri dengan sembilan spesies Cerapus yang lain. Dua daripada sembilan spesies ini berkongsi ciri yang sama dengan C. bumbumiensis sp. nov. dengan mempunyai cerutan di antara pereonit 1 dan 2. Cerapus bumbumiensis sp. nov. boleh dibezakan dengan C. jonsoni Val�rio-Berardo, Thiago de Souza & Waiteman Rodrigues, 2008 dan C. yuyatalay Lowry & Berents, 2002 dengan mempunyai jenis belahan yang dalam (> 50%) manakala lagi dua spesies mempunyai belahan yang sederhana pada telson. Dengan penemuan ini, ia merupakan rekod pertama bagi genus ini dari perairan Malaysia. Kajian ini penting bagi taksonomi dan pemantauan biodiversiti untuk merekod takson yang belum diperihal lebih-lebih lagi di kawasan yang kurang dikaji.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectCerapus -- Pulau Bum Bum-
dc.subjectSabah-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePemerihalan spesies dari Pulau Bum Bum, Sabah-
dc.typeTheses-
dc.format.pages58-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.