Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475903
Title: Pembangunan kotak-P berdasarkan penjelmaan pecahan linear dan fungsi pilih atur
Authors: Liyana Chew Nizam Chew (P86054)
Supervisor: Eddie Shahril Ismail, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pecahan linear
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Feb-2022
Description: Algoritma kriptografi penyulitan simetri adalah terbahagi kepada dua primitif iaitu sifer blok dan sifer alir. Kepentingan sifer penyulitan simetri ini adalah sebagai fungsi yang menyediakan keselamatan pada sistem data dan proses komunikasi data. Teori Shannon menyatakan bahawa sifer penyulitan simetri yang selamat adalah hasil dari gabungan fungsi linear dan fungsi tak linear. Fungsi linear boleh dicapai dengan pilih atur manakala fungsi tak linear pula boleh dicapai dengan kotak penggantian. Kotak penggantian (kotak-P) yang disifatkan sebagai kuat dan selamat secara kriptografi menerapkan sifat ketaklinearan dalam sifer penyulitan simetri untuk ketahanan serangan seperti kriptanalisis linear dan pembezaan. Kaedah pembangunan kotak-P berteraskan transformasi pecahan linear berjaya menghasilkan kotak-P yang bijektif namun belum mencapai kekuatan kotak-P yang optimum. Kajian ini bertujuan untuk membina kotak-P bersaiz 8 8 (8-bit input dan 8-bit output) yang kuat secara kriptografi berdasarkan pada fungsi transformasi pecahan linear dan ditambahbaik dengan menambah fungsi pilih atur. Tiga langkah yang terlibat dalam menghasilkan kotak-P. Pada langkah pertama, polinomial yang tidak terturun darjah lapan dipilih, dan semua punca polinomial dikira. Pada langkah kedua, sifat algebra transformasi pecahan linear diterapkan di medan Galois GF (28 ) . Akhirnya, fungsi pilih atur dijalankan pada matriks yang dihasilkan untuk menambahkan kerawakan pada kotak-P. Dua kotak-P telah dihasilkan dalam kajian ini menggunakan polinomial tidak terturun P( y) x8 x4 x3 x2 1, dan setiap satu kotak-P adalah berdasarkan transformasi pecahan linearf (z) 230z 33 93z 204dan f (z) 35z 15 . Langkah akhir adalah 9z 5 menjalankan fungsi pilih atur ke atas kedua-dua matriks yang terhasil dari transformasi pecahan linear. Keselamatan kotak-P yang terhasil diukur dengan mengira potensinya untuk menimbulkan kekeliruan. Kotak-P yang dicadangkan dianalisis dengan ujian sifat tak linear, darjah aljabar, dan keseragaman pembezaan. Hasil analisis menunjukkan tahap keselamatan kotak-P yang dicadangkan adalah lebih baik dari beberapa teknik yang sedia ada seperti teknik kalut dan kuasa binomial. Perbandingan dengan kotak-P sedia ada yang digunapakai dalam algoritma AES, Camellia, ARIA, dan Hierocrypt sebagai penanda aras tahap keselamatan kotak-P yang dibangunkan.,Sarjana Sains
Pages: 79
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan kotak-Pberdasarkan penjelmaan pecahan linear dan fungsi pilih atur.pdf
  Restricted Access
Partial434.95 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.