Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475902
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIshak Ahmad, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorMohammad Fauzul Azim Mohd Khairudin (P89015)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:42:55Z-
dc.date.available2023-10-05T06:42:55Z-
dc.date.issued2021-
dc.identifier.otherukmvital:130787-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475902-
dc.descriptionKajian ini bertujuan menghasilkan aerogel selulosa nanohablur-metiltrimetoksisilana/gelatin menggunakan sinaran gamma untuk aplikasi penyerapan minyak. Selulosa nanohablur (CNC) diekstrak daripada serabut kenaf dan dimodifikasi dengan agen penggandingan silana iaitu metiltrimetoksisilana (MTMS) diikuti penambahan gelatin sebelum diradiasi menggunakan sinaran gamma dengan dos sinaran 10 kGy. Komposisi CNC dan gelatin yang telah divariasikan berdasarkan peratusan berat untuk diaplikasikan dalam penyerapan minyak. Aerogel yang terhasil dianalisis menggunakan Spektroskopi Infra Merah Transformasi Fourier (FTIR), mikroskopi transmisi elektron (TEM), mikroskop imbasan pancaran medan eletron (FESEM), analisis belauan sinar-X (XRD), analisis termogravimetri (TGA), ujian mampatan, analisis sudut sentuh dan penyerapan minyak. Analisis TEM membuktikan CNC yang dihasilkan adalah bersaiz nano dengan panjang sekitar 110 -350 nm, diameter 6-12 nm dan nisbah aspek pada purata 10-30. Kesan modifikasi silana menunjukkan perubahan sifat daripada hidrolifik kepada hidrofobik. Perubahan sifat ini disebabkan oleh pengubahan oleh kumpulan berfungsi silanol (Si-OH) terhadap kumpulan berfungsi hidrosil (OH) pada CNC yang dapat dikenalpasti melalui FTIR dan XRD. Analisis XRD menunjukkan bahawa sifat kehabluran CNC menurun apabila dimodifikasi dengan MTMS dan ditambah gelatin. Selain itu, CNC yang dimodikasi dengan MTMS juga menunjukkan kemunculan puncak pada sudut 2θ=10� yang merujuk kepada amorfus silika. Kesan sinaran gamma menunjukkan peningkatan keamatan puncak pada spektrum FTIR dan difraktogram XRD disebabkan oleh proses taut silang yang berlaku di dalam molekul gelatin. CNC yang dimodifikasi dengan MTMS menunjukkan peningkatan suhu permulaan penguraian yang signifikan berbanding CNC iaitu daripada suhu sekitar 90 °C kepada suhu sekitar 200 °C seperti yang dapat dilihat pada termogram TGA dan DTG. Komposisi CNC dan gelatin yang telah divariasikan diuji menggunakan ujian mampatan, FESEM, sudut sentuh dan penyerapan minyak. Penambahan gelatin dan radiasi gamma digunakan sebagai agen pengikat CNC yang menyebabkan peningkatan sifat mekanik aerogel dengan penambahan gelatin. Aerogel CNC-MTMS/gelatin radiasi gamma dengan peratusan gelatin 40% memberikan nilai bacaan tegasan mampatan maksimum dan modulus tertinggi iaitu 0.91 MPa dan 3.23 MPa diikuti peratusan gelatin 30% dan peratusan gelatin 20%. Hasil analisis imej mikrograf FESEM mempamerkan taburan liang yang paling besar bagi peratusan gelatin 40% iaitu liang yang bersaiz antara 100-150 μm manakala gelatin dengan peratusan 20% menunjukkan taburan liang yang terkecil iaitu liang yang bersaiz antara 80-120 μm. Aerogel CNC dengan peratusan gelatin 20% mempunyai bacaan sudut sentuh tertinggi manakala aerogel CNC dengan peratusan gelatin 40% menunjukkan bacaan terendah. Didapati aerogel CNC-MTMS/gelatin radiasi gamma dengan peratusan gelatin 30% menunjukkan kemampuan penyerapan minyak tertinggi diikuti gelatin dengan peratusan 20% dan 40%. Penambahan gelatin bermakna pengurangan permukaan yang bersifat olefilik seterusnya menyebabkan pengurangan kapasiti penyerapan minyak. Secara keseluruhan, setiap aerogel CNC-MTMS/gelatin radiasi gamma yang diuji menunjukkan kemampuan penyerapan minyak yang baik dengan kemampuan penyerapan melebihi tujuh kali ganda dari berat asal.,Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSelulosa nanohablur-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePenyediaan dan pencirian aerogel selulosa nanohablur-metiltrimetoksisilana/gelatin diradiasi dengan sinaran gamma-
dc.typeTheses-
dc.format.pages92-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penyediaan dan pencirian aerogel selulosa nanohablurmetilrimetoksisilana-gelatin diradiasi dengan sinaran gamma.pdf
  Restricted Access
Partial637.17 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.