Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475900
Title: Pemilihan frekuensi gelombang tinggi pada radio amatur di Semenanjung Malaysia
Authors: Johari Talib (P92949)
Supervisor: Sabirin Abdullah, Dr.
Keywords: Frekuensi gelombang tinggi
Radio amatur
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Oct-2020
Description: Pemilihan frekuensi gelombang tinggi (HF) pada radio amatur adalah penting untuk merancang dan mengurus bagi memastikan komunikasi yang berjaya. Ini kerana sifat-sifat ionosfera yang sentiasa berubah dari masa ke semasa menjadikannya sukar bagi komunikasi radio HF hanya bergantung kepada satu-satu nilai frekuensi untuk perambatan sepanjang hari. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk menguji frekuensi gelombang tinggi yang digunakan untuk komunikasi radio amatur berdasarkan simulasi dari perisian ramalan Ionospheric Communication Enhanced Profile Analysis and Circuit Prediction (ICEPAC) dan kajian eksperimen di rantau semenanjung Malaysia. Pengujian frekuensi ini menggunakan kaedah radio amatur, dimana satu radio amatur mudah alih akan dibawa ke destinasi di dalam Semenanjung Malaysia dan berkomunikasi dengan penerima radio iaitu Stesen Bumi UKM, 9M2EUK (2.92� N, 101.77� E) dan pengguna radio amatur (9M2CQC & 9M2TDX). Komunikasi radio amatur ini dilakukan sekitar tahun 2017 sehingga awal tahun 2020, pada waktu siang dan malam. Data MUF yang diperolehi dari simulasi perisian yang dinyatakan akan digunakan sebagai rujukan atau penanda aras bagi pemilihan frekuensi untuk komunikasi radio amatur. Simulasi MUF menunjukkan frekuensi MUF untuk kawasan semenanjung Malaysia adalah berjulat dari 3 hingga 10 MHz. Perbandingan antara ramalan simulasi menggunakan perisian yang dinyatakan dan hasil komunikasi radio amatur menunjukkan bahawa terdapat beberapa frekuensi dari ramalan yang boleh digunapakai untuk komunikasi radio amatur di Semenanjung Malaysia dan julat frekuensi tersebut adalah 5 hingga 8 MHz. Oleh itu, kajian lanjut dan berterusan harus dilakukan untuk mendapatkan nilai frekuensi yang sesuai dan tepat bagi komunikasi HF radio amatur di rantau Semenanjung Malaysia ini.,Sarjana Sains
Pages: 93
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Climate Change / Institut Perubahan Iklim

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.