Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475899
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Farah Hannan Anuar, Dr. | - |
dc.contributor.author | Norilyani Izzati Hasanuddin (P97658) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:42:53Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:42:53Z | - |
dc.date.issued | 2020-12-26 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:130755 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475899 | - |
dc.description | Industri pewarna merupakan antara industri yang penting dan berskala besar di seluruh dunia. Namun begitu, pelepasan sisa buangan air terutamanya sisa pewarna yang bersifat toksik ini boleh mengakibatkan pencemaran air dan memberi ancaman besar kepada manusia dan persekitaran. Dalam kajian ini, filem penjerap yang juga berpotensi sebagai membran dan penjerap diperkenalkan untuk membenarkan sisa pewarna terpilih terjerap pada kumpulan berfungsi yang terdapat pada filem di samping memisahkan bahan organik dan inorganik yang lain. Filem ini dihasilkan dengan menggunakan poli(L-asid laktik) (PLLA) dan poli(etilena glikol) (PEG) sebagai bahan asas dan magnesium silikat (MgSiO3) bervariasi peratus berat sebagai pengisi. Kaedah pengadunan larutan dan pembalikan fasa telah digunakan dalam menghasilkan filem ini. Seterusnya, filem dicirikan menggunakan analisis spektroskopi inframerah transformasi fourier (FTIR), analisis termogravimetri (TGA), mikroskop imbasan elektron (SEM), analisis spektroskopi sinar-X dispersif tenaga (EDX), ujian tensil, analisis sudut sentuhan air dan ujian degradasi selama 12 minggu. Penambahan MgSiO3 ke dalam filem PLLA-PEG menunjukkan peningkatan yang baik dari segi kekuatan tensil iaitu dari 0.79 Mpa kepada 2.00 Mpa, kestabilan suhu yang lebih tinggi, lebih bersifat hidrofilik serta mempunyai taburan liang lebih banyak dan seragam. Sementara itu, analisis FTIR filem PLLA-PEG/MgSiO3 jelas menunjukkan tiada puncak serapan baharu selain MgSiO3 di dalam filem PLLA-PEG/MgSiO3. Hal ini menunjukkan bahawa interaksi yang berlaku antara filem PLLA-PEG dan MgSiO3 hanyalah menerusi interaksi fizik sahaja. Selain itu, prestasi filem penjerap ini turut dinilai melalui peratus penyingkiran pewarna metilena biru (MB) dan parameter optimum penjerapan dikenalpasti dengan menggunakan kaedah rangsangan permukaan (RSM). Dua parameter yang dikaji dalam sistem penjerapan ini adalah berat penjerap (1-5 mg) dan kepekatan awal pewarna MB (1-10 mg/L). Menerusi analisis yang diperoleh, keadaan optimum bagi penjerapan tertinggi adalah pada berat 3 mg dan kepekatan awal pewarna MB pada 5.5 mg/L dengan peratus penyingkiran dari 30-86%. Seterusnya, filem PLLA-PEG/MgSiO3 dengan peratus penyingkiran tertinggi dipilih untuk mengkaji kesan pH dan kekuatan ion terhadap sistem penjerapan. Garam yang digunakan dalam ujian kekuatan ion adalah natrium sulfat dan magnesium sulfat dengan kepekatan dari 0.03-0.15 mg/L. Seterusnya, kajian isoterma dan kinetik dijalankan bagi menentukan tingkah laku dan mekanisme penjerapan. Didapati bahawa filem PLLA-PEG/MgSiO3 ini berpadanan dengan model Freundlinch dan model tertib pseudo-kedua dengan nilai R2 masing-masing adalah 0.9796 dan 0.9815. Kebolehjanaan filem penjerap ini juga diuji sehingga 6 kali bilangan kitaran. Keseluruhannya, filem penjerap ini efektif dan berpotensi untuk merawat masalah pencemaran air sisa terutamanya dalam penyingkiran pewarna.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Filem penjerap | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Filem poli(L-Asid Laktik)-Poli(Etilena Glikol)/magnesium silikat sebagai penjerap metilena biru dan pengoptimuman melalui kaedah rangsangan permukaan | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 109 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.