Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475898
Title: Kesan masa pendeasetilan dalam keadaan heterogen terhadap sifat kitosan bagi aplikasi elektrolit biopolimer
Authors: Putri Amirah Solehin Sulizi (P98186)
Supervisor: Triati Dewi Kencana Wungu, Dr.
Keywords: Kitosan
Elektrolit biopolimer
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-May-2022
Description: Bilangan kumpulan amida dan amina pada struktur kitosan yang berbeza dipengaruhi oleh masa pendeasetilan seterusnya akan mempengaruhi sifat kitosan yang terhasil. Pengaruh kesan masa proses pendeasetilan terhadap sifat fizikal dan sifat elektrokimia polimer induk kitosan dikaji. Sebanyak lima kitosan disediakan melalui proses pendeasetilan separa kitin dalam keadaan heterogen dengan menggunakan kepekatan larutan natrium hidroksida 60% pada suhu 100-110 °C dengan membezakan masa pendeasetilan iaitu selama 2, 4, 6, 8, and 10 jam. Penentuan kaedah bagi darjah pendeasetilan dicirikan menggunakan pentitratan potensiometri, spektroskopi ATR-FTIR dan spektroskopi 1H NMR. Dalam kajian ini, nilai darjah pendeasetilan dari kaedah spektroskopi 1H NMR digunakan dan peratusan darjah pendeasetilan didapati meningkat sehingga 87.27% pada masa pendeasetilan selama 8 jam. Nilai kelikatan intrinsik digunakan bagi menentukan berat molekul purata kelikatan kitosan yang dihasilkan menggunakan viskometer kapilari ubbelohde. Hasil analisis DSC menunjukkan suhu penguraian bagi kitosan berada di antara 304-306 °C. Peningkatan darjah kehabluran diterangkan melalui jumlah interaksi ikatan hidrogen di dalam struktur kitin dan kitosan menggunakan kaedah teori fungsi ketumpatan (DFT) dari perisian Gaussian 09. Dapatan dari hasil simulasi pengkomputeran menunjukkan perbezaan jumlah ikatan hidrogen dalam molekul dan ikatan hidrogen antara molekul. Hal ini memberikan kesan terhadap perbezaan darjah kehabluran dalam struktur kitin dan kitosan secara teori. Berdasarkan analisis reologi, kelikatan larutan elektrolit kitosan meningkat dengan peningkatan masa dan menunjukkan penebalan ricih serta tingkah laku anti-tiksotropik. Lima filem polimer induk bagi setiap kitosan yang terhasil diukur kekonduksiannya pada suhu bilik menggunakan spektroskopi impedans elektrokimia (EIS). Hasil penyelidikan mendapati filem CTS 6 menunjukkan kekonduksian ion pada suhu bilik yang paling tinggi iaitu 3.95 × 10-9 S cm-1 dengan nilai DD 82.94%. Kekonduksian ion yang tertinggi ini dapat dikaitkan dengan kehabluran dan tenaga pengaktifan yang rendah iaitu 0.49 eV bagi sampel CTS 6. Selain itu, analisis dielektrik filem CTS turut dikaji melalui kekonduksian ion pada suhu bilik dan analisis LSV menunjukkan polimer induk berasaskan kitosan ini memberikan kestabilan elektrokimia sehingga 2.50 V. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa masa pendeasetilan mempengaruhi sifat fizikal dan elektrokimia kitosan yang dihasilkan untuk digunakan sebagai polimer induk bagi aplikasi elektrolit biopolimer.,Sarjana Sains
Pages: 152
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan masa pendeasetilan dalam keaddan heterogoen terhadap sifat kotosan bagi aplikasi elektrolit biopolimer.pdf
  Restricted Access
Partial1.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.