Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475896
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Kiew Lian, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorRoziah Ali (P91429)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:42:52Z-
dc.date.available2023-10-05T06:42:52Z-
dc.date.issued2021-12-23-
dc.identifier.otherukmvital:130752-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475896-
dc.descriptionVirus Zika dikenali sebagai virus bawaan nyamuk yang tergolong di bawah pengkelasan genus Flavivirus (Famili: Flaviviridae). Virus ini pertama kali dipencil daripada nyamuk Aedes africanus pada tahun 1948 di lokasi yang sama di mana ia dikesan dalam monyet pada tahun 1947. Pada tahun 2016, lapan kes jangkitan virus Zika telah dilaporkan di Malaysia termasuklah di negeri Sabah dan Sarawak. Memandangkan virus Zika pernah dipencil daripada nyamuk Aedes aegypti tempatan, kebarangkalian untuk virus ini dikesan daripada nyamuk Aedes dan spesies nyamuk lain di Malaysia adalah tinggi. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti taburan nyamuk dan status jangkitan virus Zika di kawasan terpilih. Dalam kajian ini, aktiviti penangkapan nyamuk telah dijalankan di empat lokaliti iaitu sekitar 200 m radius dari rumah kes jangkitan virus di Likas, Luyang, Kg. Lopeng dan Shang Ri La. Sebanyak enam kaedah pensampelan nyamuk telah digunakan iaitu perangkap BG Sentinel, perangkap cahaya CDC, perangkap ovitrap berpelekat (OB), teknik tangkapan nyamuk dewasa menggunakan aspirator besar, teknik tangkapan berumpan kaki (BLC), perangkap ovitrap dan kaedah pemeriksaan pembiakan nyamuk (PPN). Sampel nyamuk yang berjaya ditangkap telah dikenalpasti berdasarkan sehingga peringkat spesies dan diasingkan mengikut lokasi dan kaedah tangkapan. Pengesanan virus Zika telah dilakukan ke atas sampel nyamuk dewasa dan larva nyamuk dengan menggunakan teknik masa nyata RT-PCR. Hasil analisis statistik menunjukkan Aedes albopictus merupakan spesies nyamuk yang paling tinggi ditangkap dari kesemua kawasan kajian. Keputusan kajian mendapati virus Zika telah berjaya dikesan di dalam tujuh spesies nyamuk yang terdiri daripada Ae. albopictus, Ae. niveus, Ae. paullusi, Cx. gelidus, Cx. sitiens, Cx. quinquefasciatus dan Tripteroides sp. Kajian ini juga mendapati pengesanan virus Zika secara konsisten dari sampel Aedes albopictus dan Culex quinquefasciatus di semua kawasan kajian. Hasil pemerhatian juga mendapati virus Zika telah berjaya dikesan dalam sampel larva nyamuk Ae. albopictus yang ditangkap dari Kg. Lopeng dan Shang Ri La. Namun begitu, kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan bagi memastikan kaitan spesies nyamuk lain terutamanya Culex sp. sebagai vektor virus Zika. Kesimpulannya kajian ini memberikan maklumat berkaitan dengan vektor nyamuk yang berpotensi untuk membawa virus Zika di Malaysia sekaligus membantu dalam pengurusan program kawalan vektor.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectVirus Zika -- Sabah-
dc.subjectVirus Zika -- Sarawak-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleTaburan nyamuk dan pengesanan virus zika dalam vector nyamuk dari kawasan kes di Sabah dan Sarawak-
dc.typeTheses-
dc.format.pages99-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Taburan nyamuk dan pengesanan virus zika dalam vector nyamuk dari kawasan kes di Sabah dan Sarawak.pdf
  Restricted Access
Partial2.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.