Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475895
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Noor Soffalina Sofian-Seng, Dr. | - |
dc.contributor.author | Ain Nadiah Sofiah Ahmad Khorairi (P94798) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:42:51Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:42:51Z | - |
dc.date.issued | 2021-05-04 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:130751 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475895 | - |
dc.description | Penghasilan lada putih melibatkan proses perendaman untuk menyingkirkan perikarp lada. Perikarp lada merupakan bahan buangan dalam agro-industri lada putih yang berpotensi menjadi sumber pengekstrakan selulosa untuk digunakan sebagai pengemulsi Pickering. Selulosa adalah zarah pepejal yang mempunyai ciri pengemulsian Pickering yang baik. Justeru, objektif pertama kajian ini adalah untuk mengekstrak dan mencirikan selulosa daripada sisa perikarp lada melalui kaedah alkali dan pelunturan. Objektif kedua pula, untuk menilai potensi selulosa sebagai pengemulsi Pickering di dalam emulsi minyak dalam air (O/W). Pengaruh kepekatan NaOH (4, 5 & 6%) dan jumlah kitaran rawatan alkali (3 & 4 kitaran) terhadap selulosa perikarp lada dikaji secara terperinci. Apabila kepekatan NaOH dan jumlah kitaran rawatan alkali meningkat hasil selulosa, saiz zarah dan kandungan α-selulosa perikarp lada semakin menurun secara signifikan (p<0.05) dan permukaaan lada menjadi semakin kasar dan pecah. Dapatan kajian menunjukkan 4% NaOH dengan 4 kali kitaran rawatan alkali adalah parameter yang sesuai untuk mengekstrak selulosa daripada sisa perikarp lada. Selulosa ini memiliki ketulenan selulosa (65.97% α-selulosa), indeks kehabluran (69.32%) dan nilai potensi zeta (-30.67 mV) yang tertinggi serta kestabilan terma yang baik dengan suhu penguraian maksimum 334°C. Serbuk selulosa yang telah dipilih ditambah ke dalam emulsi protein O/W. Kestabilan emulsi O/W dikaji berdasarkan kepekatan selulosa (0, 0.5, 1.0 & 1.5%) dan minyak sawit (10, 20 & 30%) yang berbeza. Purata saiz titisan dan kelikatan emulsi semakin meningkat dengan peningkatan kandungan selulosa perikarp lada. Taburan saiz zarah emulsi berubah daripada monomodal kepada bimodal dan multimodal dengan penambahan selulosa dan minyak. Namun, emulsi yang mengandungi gabungan selulosa perikarp lada dan protein menunjukkan kestabilan yang baik sehingga hari ke 60 bagi emulsi dengan 0.5% selulosa dan 10% minyak kerana tidak menunjukkan sebarang perubahan saiz titisan yang signifikan (p>0.05). Emulsi yang mengandungi selulosa perikarp lada memiliki tingkah laku penipisan ricih dan rangkaian viskoelastik seperti gel. Peningkatan kandungan selulosa menyebabkan penurunan indeks pengkriman secara signifikan (p<0.05). Selulosa perikarp lada juga didapati dapat meningkatkan kestabilan oksidatif emulsi. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa selulosa dapat diekstrak daripada sisa perikarp lada, dan mempunyai potensi sebagai pengemulsi Pickering makanan yang baik dalam meningkatkan kestabilan emulsi terhadap pengkriman dan pengoksidaan.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Lada putih | - |
dc.subject | Selulosa | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pencirian selulosa daripada sisa agro-industri lada putih (Piper nigrum L.) dan potensi penggunaannya sebagai pengemulsi pickering | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 138 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pencirian selulosa daripada sisa agro-industri lada putih (piper nigrum L) dan potensi penggunaannya sebagai pengemulsi pickering.pdf Restricted Access | Full-text | 2.62 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.