Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475894
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Roslan Abd Shukor, Prof. Dato’ Dr. | - |
dc.contributor.author | Muhammad Najib Khalid (P102984) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:42:51Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:42:51Z | - |
dc.date.issued | 2021-05-05 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:130750 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475894 | - |
dc.description | Superkonduktor Tl(Ba,Sr)CaCu2O7 merupakan superkonduktor sistem talium yang mempunyai sifat yang menarik. Pengoptimuman nilai purata valensi kuprum perlu dilakukan agar suhu genting yang tinggi dapat dihasilkan. Penggantian unsur tunggal dapat membantu proses pengoptimuman purata valensi kuprum. Justeru, penyelidikan ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan penggantian logam peralihan pada tapak Tl bagi sistem Tl1-xMx(Ba,Sr)CaCu2O7 (M = Cr, Mo dan W). Semua sampel telah disediakan melalui kaedah tindak balas keadaan pepejal. Penentuan fasa terhablur, struktur serta parameter kekisi ditentukan melalui kaedah pembelauan sinar-X (XRD). Mikroskop elektron imbasan sinaran medan (FESEM) digunakan bagi merekod mikrostruktur dan morfologi sampel. Suhu genting, Tc ditentukan melalui pengukuran rintangan elektrik dengan penduga empat titik dan kerentanan arus ulang-alik. Kerentanan arus ulang-alik dengan kekuatan medan 5 Oe telah digunakan untuk menentukan nilai ketumpatan arus genting antara butiran, Jc(Tp) bagi semua sampel. Daripada corak pembelauan sinar-X, fasa tunggal Tl-1212 telah berjaya direkodkan pada sampel tanpa penggantian (x = 0). Fasa lain seperti Tl-1201, Ca0.3Sr0.7CuO2, Cr2O3 dan WO2 telah dikesan pada sampel. Kewujudan fasa lain telah menekan sifat kesuperkonduksian Tl-1212. Berdasarkan mikrograf FESEM, purata saiz butiran bagi sampel Tl1-xMx(Ba,Sr)CaCu2O7 lebih kecil berbanding sampel Tl(Ba,Sr)CaCu2O7. Nilai suhu genting yang tertinggi direkodkan pada sampel Tl0.9Mo0.1(Ba,Sr)CaCu2O7 (Tc mula = 115 K, Tcχ′ = 109 K). Selain itu, penggantian unsur Cr juga meningkatkan sifat kesuperkonduksian fasa Tl-1212. Namun begitu, penggantian unsur W telah menekan sifat kesuperkonduksian fasa Tl-1212. Penekanan maksimum terhadap sifat kesuperkonduksian adalah pada sampel Tl0.3Mo0.7(Ba,Sr)CaCu2O7 dan Tl0.6W0.4(Ba,Sr)CaCu2O7 dengan nilai Tc mula = 60 K. Nilai ketumpatan arus genting antara butiran adalah antara 17 hingga 22 A cm-2. Secara keseluruhannya, penggantian logam peralihan berjaya meningkatkan sifat kesuperkonduksian bagi penggantian Cr (x = 0.4, 0.5) dan Mo (x = 0.1). Penggantian W pada tapak Tl telah menekan serta melemahkan sifat superkonduktor Tl-1212.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Superkonduktor | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Sifat elektrik dan kerentanan arus ulang-alik superkonduktor suhu tinggi Tl1-xMx(Ba,Sr)CaCu2O7 dengan penggantian logam peralihan M = Cr, Mo, dan W | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 132 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Sifat elektrik dan kerentanan arus ulang alik superkonduktor suhu tinggi Ti1 xMx(Ba Sr) CaCu207 dengan penggantian logam peralihan MCr Mo dan W.pdf Restricted Access | Partial | 2.1 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.