Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475887
Title: Pembinaan modul pengajaran kendiri dalam polimer berdasarkan sikap terhadap sains dan tahap penaakulan saintifik pelajar program sains bahan UKM
Authors: Siti Adilah Sabarudin (P96479)
Supervisor: Sarani Zakaria, Prof. Dr.
Keywords: Science -- Study and teaching (Higher) -- Malaysia
Learning strategies
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Mar-2021
Description: Pelbagai kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti dan menilai sikap terhadap sains dan tahap penaakulan saintifik pelajar samada di Malaysia atau luar negara, tetapi masih kurang kajian sebegini dijalankan untuk merangka dan membangunkan Modul Pengajaran Kendiri (MPK). Kemahiran penaakulan saintifik penting kerana ia menilai kebolehan individu untuk menganalisi soalan, kreatif dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan yang bijak dan mempamerkan pemahaman saintifik. Sifat ini wujud dalam pelajar berfikiran kritis. MPK yang telah dibina akan membantu pelajar meningkatkan kemahiran penaakulan saintifik dalam proses pembelajaran secara individu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menilai sikap terhadap sains dan penaakulan saintifik pelajar dan graduan program Sarjana Muda Sains Bahan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Objektif kedua adalah untuk merangka MPK ‘Pengenalan kepada Polimer’ yang berpusatkan pelajar agar ia mampu menjurus kepada pemupukan kebolehan penaakulan saintifik dalam pelajar. Kaedah kajian yang digunakan adalah soal selidik menggunakan skala Likert lima mata. Soal selidik tersebut terdiri daripada 48 soalan dan ianya diolah dari soal selidik ‘Attitudes Towards Science’ oleh Gogolin dan Swartz. Ujian aneka pilihan ‘Classroom Test of Scientific Reasoning’ oleh Lawson juga digunakan untuk menilai keupayaan penaakulan saintifik para pelajar. Modul yang dibina adalah berdasarkan Model Teras Cabang Shaharom dan isi kandungan modul adalah berdasarkan sukatan mata pelajaran yang telah digariskan oleh pusat pengajian Fizik Gunaan di UKM. Responden kajian adalah sebanyak 50 orang pelajar tahun satu, dua, tiga dan graduan program Sains Bahan, UKM. Tajuk ‘Pengenalan kepada Polimer’ telah dipelajari oleh pelajar sejak sekolah menengah lagi dan ia dipilih berdasarkan markah peperiksaan akhir mereka. di institusi pengajian tinggi. Penilaian formatif dilakukan dengan menggunakan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) yang dijalankan kepada dua orang pensyarah program Sains Bahan UKM dan Penilaian Formatif Percubaan Luar (PFPL) yang dijalankan kepada 20 orang pelajar program Sains Bahan. Modul pengajaran yang baik akan membantu pelajar lebih memahami konsep sains mengikut kesesuaian dan corak pembelajaran mereka. Pelajar yang berfikiran kritis akan memberikan impak positif dalam program Sains Bahan di UKM, seterusnya menyumbang dalam pembangunan sains dan teknologi di Malaysia.,Sarjana Sains
Pages: 194
Call Number: Q183.4.M34.S568 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembinaan modul pengajaran kendiri dalam polimer berdasarkan sikap terhadap sains dan tahap penakulan saintifik pelajar.pdf
  Restricted Access
Partial752.37 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.