Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475883
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Goh Thian Lai, Dr. | - |
dc.contributor.author | Afiq Farhan Abdul Rahim (P88982) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:42:44Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:42:44Z | - |
dc.date.issued | 2021-03-10 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:130487 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475883 | - |
dc.description | Penilaian kestabilan cerun batuan di Malaysia sering kali terhad kepada analisis kinematik atau perkadaran kestabilan tanpa melakukan analisis numerikal terhadap tegasan pada satah kegagalan tersebut. Justeru, kajian ini dilakukan bertujuan bagi mengenal pasti teknik penilaian kestabilan cerun batuan yang komprehensif, khususnya melibatkan potensi kegagalan gelinciran pada satah ketakselanjaran. Objektif kajian adalah untuk mencirikan sifat fizikal dan geomekanik bahan batuan, untuk mengenal pasti ragam potensi kegagalan, untuk menilai kestabilan cerun menggunakan kaedah perkadaran dan analisis had keseimbangan, serta untuk mencadangkan cara kerja baik dalam proses penilaian kestabilan cerun batuan. Sejumlah lapan cerun daripada lima lokaliti iaitu dua di Lebuhraya Kajang SILK, satu di Sungai Long, dan dua di Lebuhraya LATAR dipilih untuk penilaian kestabilan cerun komprehensif. Kaedah kajian meliputi kerja lapangan (survei ketakselanjaran dengan garis imbasan dan fotogrametri), analisis makmal (pencirian sifat fizikal dan geomekanik), analisis kinematik dan penentuan ragam kegagalan cerun batuan, perkadaran kestabilan cerun menerusi kaedah Perkadaran Jasad Batuan (RMR), Perkadaran Jasad Cerun (SMR) dan sistem Qcerun, serta analisis had keseimbangan (berdasarkan kriterion Barton-Bandis) dengan kaedah deterministik dan probabilistik. Cerun dengan nilai Faktor Keselamatan (FOS) <1.00 disahkan mengalami kegagalan di lapangan, manakala kebanyakan cerun dengan nilai FOS berjulat antara 1.00 hingga 1.30 turut disahkan gagal berdasarkan cerapan lapangan. Beberapa cerun dengan nilai dengan FOS >1.30 yang dijangka stabil tetapi menunjukkan kesan kegagalan di lapangan. Berdasarkan analisis sensitiviti, senario ini berlaku akibat perubahan kandungan air pada satah ketakselanjaran sewaktu hujan yang mengurangkan kekuatan rintangan sepanjang satah tersebut. Analisis probabilistik dengan Kebarangkalian Kegagalan (PF) mampu menganalisis julat parameter berbeza untuk pelbagai senario. Hasil kajian mendapati penilaian kestabilan cerun batuan tidak seharusnya terhenti setakat analisis kinematik, sebaliknya perlu merangkumi aspek kinetik untuk tujuan mereka bentuk struktur penstabilan yang sesuai. Satu carta alir tatacara penilaian kestabilan cerun batuan komprehensif adalah dicadangkan untuk kegunaan oleh ahli geologi dan jurutera di Malaysia.,Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Rock slopes | - |
dc.subject | Rock mechanics | - |
dc.subject | Ground control (Mining) | - |
dc.subject | Stability | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penilaian komprehensif kestabilan cerun batuan menggunakan kaedah had keseimbangan (LEM) pada kegagalan jenis gelongsoran | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 238 | - |
dc.identifier.callno | TA706.A455 2020 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Penilaian komprehensif kestabilan cerun batuan menggunakan kaedah keseimbangan (LEM) pada kegagalan jenis gelongsoran.pdf Restricted Access | Full-text | 8.95 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.