Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475881
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNadhratun Naiim Mobarak, Dr.-
dc.contributor.authorNur Ellina Annisa Salehuddin (P94405)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:42:43Z-
dc.date.available2023-10-05T06:42:43Z-
dc.date.issued2020-04-10-
dc.identifier.otherukmvital:130485-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475881-
dc.descriptionKitosan merupakan polimer semula jadi yang sering digunakan sebagai elektrolit polimer pepejal (EPP). Namun, sifat fizikal dan sifat terma kitosan tidak mencapai sifat polimer induk yang ideal. Penyelidikan yang dijalankan adalah berkaitan dengan kesan panjang alkil dan kumpulan berfungsi yang berbeza terhadap sifat fizikal, terma dan elektrokimia terbitan karboksimetil kitosan (KM-kitosan). Dalam kajian ini, modifikasi kimia terhadap kitosan dilakukan pada pH 8.5-14 untuk memastikan penggantian kumpulan karboksimetil pada tapak amina (N-KM-kitosan) sebelum penggantian kumpulan alkil dan kumpulan berfungsi yang berbeza pada tapak hidroksil untuk menghasilkan O-etil/propil/KM/EE-N-KM-kitosan. Penggantian kumpulan karboksimetil pada tapak amina dan tapak hidroksil dikenal pasti dengan kehadiran puncak baru sekitar 3.23-3.28 ppm dan 4.11-4.12 ppm melalui analisis spektroskopi resonans magnetik nukleus (NMR) 1H. N-KM-kitosan menunjukkan suhu peralihan kaca, Tg yang lebih tinggi berbanding kitosan dan KM-kitosan yang lain. Walau bagaimanapun, nilai kekonduksian awal menunjukkan bahawa N-KM-kitosan mencapai kekonduksian ion yang lebih tinggi berbanding O-KM-kitosan. Oleh itu, kajian diteruskan menggunakan simulasi komputer dengan kaedah DFT untuk memahami kesan panjang alkil dan kumpulan berfungsi terhadap sifat elektrokimia terbitan N-KM-kitosan. Simulasi komputer menggunakan perisian Quantum ESPRESSO menunjukkan bahawa litium menunjukkan interaksi yang kuat dengan kumpulan karbonil dan tenaga pengikatan antara litium dan O-KM-N-KM-kitosan adalah yang paling rendah. Oleh itu, dapatan kajian pengkomputeran menjangkakan bahawa spektrum ATR-FTIR akan menunjukkan anjakan ke arah nombor gelombang yang lebih rendah bagi puncak regangan C=O. Kekonduksian ion bagi O-KM-N-KM-kitosan juga dijangkakan akan lebih tinggi berbanding terbitan N-KM-kitosan yang lain. Bagi membuktikan dapatan simulasi komputer, terbitan N-KM-kitosan telah disintesis. Kewujudan puncak baru sekitar 1.07-1.18 ppm, 0.78-0.87 ppm dan 1.08-1.14 ppm, 3.23-3.25 ppm dan 4.11-4.12 ppm, dan 1.08-1.14 ppm dan 3.54-3.61 ppm mewakili keberjayaan penggantian kumpulan etil, propil, KM dan etil etanoat (EE) pada tapak hidroksil. Sifat hablur bagi kitosan berkurangan selepas modifikasi dilakukan melalui analisis XRD dan terbitan N-KM-kitosan menunjukkan kestabilan sehingga 319°C melalui analisis TGA. Seterusnya, EPP berasaskan N-KM-kitosan dan O-etil/propil/KM/EE-N-KM-kitosan dengan peratusan berat garam LiNO3 yang berbeza dihasilkan dengan menggunakan teknik pengacuan larutan. Kekonduksian ion yang tertinggi pada suhu bilik diperoleh adalah 6.33 � 10-3 S cm-1 bagi filem O-KM-N-KM-kitosan pada kepekatan garam 30 bt. % LiNO3. Analisis FESEM dan XRD menunjukkan filem O-propil-N-KM-kitosan dan O-EE-N-KM-kitosan menjadi lebih licin dan amorfus selepas penambahan 30 bt. % LiNO3 berbanding filem terbitan N-KM-kitosan yang lain. Ion litium cenderung untuk berinteraksi dengan kumpulan karbonil dalam struktur terbitan N-KM-kitosan yang dapat dikenal pasti melalui ATR-FTIR. Keputusan ini membuktikan penggantian panjang alkil dan kumpulan berfungsi yang berbeza mempengaruhi sifat fizikal, terma dan elektrokimia terbitan KM-kitosan.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectChitosan -- Biotechnology-
dc.subjectChitosan-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations-
dc.subjectAcademic – Malaysia-
dc.titleKesan panjang rantai alkil dan kumpulan berfungsi terhadap sifat fizikal, terma dan elektrokimia terbitan karboksimetil kitosan-
dc.typeTheses-
dc.format.pages120-
dc.identifier.callnoTP248.65.C55N837 2020 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.