Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475880
Title: | Semakan sistematik ke atas genus Ectropothecium MITT. (Hypnaceae, Bryophyta) di Semenanjung Malaysia |
Authors: | Aisyah Munirah Abd Rahman (P97878) |
Supervisor: | Nik Norhazrina Nik Mohd Kamil, Dr. |
Keywords: | Mosses -- Malaysia Liverworts -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations Academic – Malaysia |
Issue Date: | 30-Dec-2021 |
Description: | Semakan sistematik telah dijalankan ke atas genus Ectropothecium Mitt. di Semenanjung Malaysia. Kajian ini merupakan kajian komprehensif yang pertama dilakukan terhadap ahli-ahli dalam genus ini yang telah dilaporkan bagi Semenanjung Malaysia. Ectropothecium tergolong dalam famili Hypnaceae yang mempunyai taburan meluas di hutan tropika dan subtropika. Semakan ini amat penting bagi memastikan masalah berkaitan pengelasan dan penamaan kesemua takson dalam genus ini dapat diselesaikan sehingga ke peringkat infraspesies. Objektif kajian adalah untuk: i) menyemak semula kesemua takson Ectropothecium di Semenanjung Malaysia, ii) menghasilkan huraian, bibliografi dan ilustrasi, serta (iii) membina kekunci pengecaman. Kaedah yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah kerja lapangan yang melibatkan pensampelan di lapangan, kerja herbarium yang meliputi proses pengurasian, penyediaan slaid sementara dan pengecaman, serta analisis data yang mencakupi kerja pengilustrasian, penghasilan huraian dan membina kekunci pengecaman. Berdasarkan kajian ke atas kesemua takson, beberapa ciri diagnostik telah digunakan untuk membataskan genus ini iaitu daun yang falkat, kehadiran satu atau beberapa sel alar hialin yang mengembang, kehadiran kosta di pangkal daun, jenis pseudoparafilium, permukaan sel lamina yang prorat atau rata, bentuk sel daun yang linear, kehadiran jalur tengah dalam keratan rentas batang, saiz kapsul yang kecil serta jenis percabangan. Sejumlah 24 takson telah didokumentasikan terdapat di Semenanjung Malaysia termasuk satu rekod baru iaitu E. ptychofolium N. Nishim. Hasil kajian mendapati 17 takson telah diterima, manakala tujuh takson lain pula telah diasingkan ekoran beberapa faktor seperti ketiadaan spesimen yang diterbitkan dan kekurangan maklumat tentang takson yang dilaporkan.,Sarjana Sains |
Pages: | 141 |
Call Number: | QK545.M4A387 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Semakan sistematik ke atas genus ectropothecium MITT.pdf Restricted Access | Full-text | 7.31 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.