Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475879
Title: | Rawatan gamma terhadap serbuk karbon teraktif untuk meningkatkan prestasi elektrod superkapasitor |
Authors: | Norliyana Mustapar (P94561) |
Supervisor: | Amir Radhi Othman, Dr. |
Keywords: | Gamma rays Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations Academic – Malaysia |
Issue Date: | 20-Oct-2021 |
Description: | Kapasitor elektrokimia dwi-lapisan (KEDL) atau superkapasitor adalah peranti penyimpanan tenaga yang sangat menarik kerana mempunyai jangka hayat kitaran yang panjang, prestasi kuasa yang tinggi dan kadar cas-nyahcas yang pantas. Cas boleh disimpan oleh KEDL secara elektrostatik dengan menggunakan pengumpulan cas di antara permukaan elektrod dan larutan elektrolit. Prestasi superkapasitor dapat dinilai daripada nilai kapasitan spesifik (Csp), kuasa spesifik (P), tenaga spesifik (E), dan parameter keliangan elektrodnya. Elektrod adalah salah satu komponen utama dalam sel superkapasitor yang mempunyai pengaruh besar terhadap prestasi superkapasitor. Kajian ini menggunakan serabut tandan kepala sawit (STKS) yang dihasilkan melalui proses pengisaran, pengayakan, dan rawatan kimia (KOH) bagi menghasilkan serbuk karbon yang mempunyai luas permukaan yang tinggi. Kemudian, serbuk karbon itu melalui proses pengkarbonan dalam persekitaran N2 (850 °C ) dan pengaktifan fizikal menggunakan gas karbon dioksida pada suhu 850 °C yang bertujuan untuk menghasilkan karbon teraktif (KT). Pembaharuan dalam kajian ini adalah penggunaan sinar γ sebagai rawatan lanjut ke atas serbuk KT bagi meningkatkan prestasi superkapasitor. KT disinarkan γ dengan pelbagai kaedah seperti (i) variasi dos sinaran γ (sinar langsung) iaitu 0.1, 0.5, 1.0, 3.0 dan 6.0 kGy, dan (ii) penggunaan kepingan kuprum dengan pelbagai ketebalan (0.13 mm, 0.2 mm dan 0.5 mm) sebagai tapisan sinar γ terhadap KT dengan dua dos sinar γ yang optimum iaitu 0.5 dan 1.0 kGy. Hasil analisis pembelauan sinar-X (XRD) mendapati bahawa KT yang dihasilkan mempunyai puncak amorfus dan struktur turbostratik, manakala analisis mikroskop pancaran medan imbasan elektron (FESEM) menunjukkan KT mempunyai struktur berliang. Analisis RAMAN pula membuktikan bahawa KT dan KT terpersinar γ yang dihasilkan dalam kajian ini dapat menghasilkan KT berbilang lapisan. Selain itu, hasil analisis elektrokimia sel superkapasitor dilakukan menggunakan kaedah spektroskopi impedans elektrokimia (EIS), kitaran voltamogram (CV), dan galvanostatik cas-nyahcas (GCD). Hasil analisis ini mendapati bahawa elektrod KT terpersinar γ (sinar langsung) dengan dos 1 kGy mencatatkan peningkatan Smeso, Csp, P, dan E masing-masing dengan nilai 8%, 77%, 17.17% dan 183.8% berbanding elektrod tidak terpersinar γ. Lebih dari itu, elektrod sel superkapasitor yang menggunakan sinar γ (berpenapis kuprum) berketebalan 0.2 mm dengan dos 1 kGy memberikan nilai Csp, P dan E tertinggi dalam keseluruhan kajian ini iaitu 71.32% (216.67 F g-1), 8.5% (316.80 W kg-1) dan 60.3% (11.24 Wh kg-1) berbanding elektrod KT terpersinar γ (sinar langsung) pada dos 1 kGy. Hasil-hasil kajian ini menunjukkan bahawa KT terpersinar γ (sinar langsung) dengan dos yang optimum iaitu 1 kGy dan KT terpersinar γ bertapis dengan ketebalan kuprum 0.2 mm terbukti dapat meningkatkan liang mikro dan liang meso sekali gus meningkatkan prestasi elektrod superkapasitor.,Sarjana Sains |
Pages: | 113 |
Call Number: | QC490.N637 2020 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Rawatan gamma terhadap serbuk karbon teraktif untuk meningkatkan prestasi elektrod superkapasitor.pdf Restricted Access | Full-text | 4.05 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.