Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475878
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNurul Yuziana Mohd Yusof, Dr.-
dc.contributor.authorAfiqah Shafify Amran (P78636)-
dc.date.accessioned2023-10-05T06:42:41Z-
dc.date.available2023-10-05T06:42:41Z-
dc.date.issued2021-04-28-
dc.identifier.otherukmvital:130482-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475878-
dc.descriptionLabisia pumila adalah sejenis herba tradisional yang telah digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit. Walau bagaimanapun, penyelidikan secara menyeluruh tentang ekstrak air tumbuhan ini terhadap kesan penyembuhan luka belum dikaji secara terperinci. Jadi kajian ini lebih tertumpu kepada kesan penyembuhan ekstrak air dua jenis L. pumila iaitu var. alata dan var. pumila terhadap penyembuhan luka konstruk tisu kulit manusia dan juga sel fibroblas. Konstruk tisu kulit manusia (EpidermFT) yang dilukakan menggunakan penebuk biopsi dirawat dengan masing-masing 1% ekstrak air L. pumila iaitu var. alata dan var. pumila selama dua, empat dan enam hari. Selepas rawatan ditamatkan, perubahan pada setiap lapisan konstruk kulit tisu dikaji melalui kaedah histologi. Manakala asai calar sel fibroblas pula dirawat menggunakan 1g/ml, 3g/ml dan 6 g/ml ekstrak air Labisia pumila iaitu var. alata dan var. pumila bersama media dan serum selama 22 jam dan 44 jam. Hasil analisa pertumbuhan dan migrasi sel diuji menggunakan mikroskop cahaya. Analisa bagi tahap pengekspresan gen-gen yang terlibat dalam tapak jalan penyembuhan luka juga diuji dalam kajian ini menggunakan kaedah PCR kuantitatif berdasarkan lengkuk piawai. Antara gen yang diuji bagi sampel konstruk tisu kulit manusia ialah gen TGF-1, IL-10 dan Col3A1. Manakala bagi sampel sel fibroblas pula gen Siklin E dan Siklin D. Keputusan menujukkan ekstrak air bagi kedua-dua jenis L. pumila menunjukkan kesan pertumbuhan yang tidak signifikan terhadap konstruk tisu kulit selepas mendapat rawatan. Namun begitu, ekstrak air ini menunjukkan kesan pertumbuhan yang signifikan pada sel fibroblas pada kepekatan 1 μg/mL (p = 0.04896) dan 3 μg/mL (p = 0.03617) bagi var. alata manakala 6 μg/mL (p = 0.04033) bagi var. pumila selepas dirawat selama 22 jam. Hasil analisis tahap pengekspresan gen sasaran kumpulan rawatan var. alata dan kumpulan rawatan var. pumila tidak signifikan berbanding kumpulan kawalan. Bagi kajian melibatkan sel fibroblas pula, dapatan kajian mempamerkan hasil yang berbeza. Analisis menunjukkan tahap pengekspresan gen Siklin D adalah tinggi dalam kumpulan rawatan var. pumila berbanding var. alata. Manakala bagi gen Siklin E, hasil kajian menunjukkan corak pengekspresan yang berbeza di mana tahap pengekspresannya adalah lebih tinggi pada kumpulan rawatan var. alata berbanding var. pumila. Kesimpulannya, ekstrak air L. pumila mempamerkan kesan penyembuhan luka terhadap kulit tisu manusia dan mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai sumber ubatan.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectHerbs -- Therapeutic use -- Malaysia-
dc.subjectMedicinal plants -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations-
dc.subjectAcademic – Malaysia-
dc.titleKesan ekstrak kacip Fatimah (labisia pumila) terhadap penyembuhan luka melalui kajian in vitro sel dan tisu kulit manusia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages90-
dc.identifier.callnoRM666.H33A355 2020 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan ekstrak kacip fatimah (labisia pumila) terhadap penyembuhan luka melalui kajian in vitro sel dan tisu kulit manusia.pdf
  Restricted Access
Full-text1.81 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.