Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475871
Title: Pendekatan dan cabaran dialog antara agama oleh institusi masjid di Wilayah Persekutuan menerusi program Mosque Tour Guide (MTG)
Authors: Siti Aisyah Mohd Rozali (P95437)
Supervisor: Muhammad Razak Idris, Dr.
Keywords: Religions -- Relations
Dialogue -- Religious aspects
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Mar-2019
Description: Dialog antara agama merupakan satu disiplin ilmu yang penting dalam bidang kesarjanaan Islam hari ini. Disiplin ini berperanan sebagai satu pendekatan ketamadunan ke arah meningkatkan kefahaman terhadap pelbagai ajaran agama serta mendekatkan jurang perselisihan dan salah faham antara penganut agama dalam sesebuah masyarakat majmuk. Pendekatan dialog antara agama didapati antara jalan penyelesaian bagi mengatasi konflik antara penganut agama yang boleh mengancam keamanan dunia sejagat pada hari ini. Di Malaysia, banyak pihak terutama agensi kerajaan, institusi masjid dan pertubuhan bukan kerajaan telah terlibat menjayakan pendekatan dialog antara agama. Kajian ini meneliti pendekatan dan cabaran dialog antara agama yang dilaksanakan oleh institusi masjid di Wilayah Persekutuan dalam pengenalan program Mosque Tour Guide (MTG). Objektif utama kajian ini ialah mengkaji pendekatan dialog MTG di institusi Masjid Wilayah Persekutuan serta meneliti amalan dialog yang digunakan dalam program tersebut. Di samping itu, kajian ini juga mengenal pasti cabaran-cabaran dialog dalam pelaksanaan program MTG di institusi masjid Wilayah Persekutuan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif iaitu kajian kes berkaitan organisasi Mosque Tour Guide (MTG). Metode pengumpulan data yang digunakan ialah temu bual, pemerhatian dan dokumen. Kajian ini melibatkan empat orang ahli MTG di institusi Masjid Wilayah Persekutuan. Hasil kajian mendapati program MTG merupakan satu aktiviti dialog antara agama yang berkesan dalam membantu para pelancong yang berkunjung ke masjid dalam meningkatkan pengetahuan mereka terhadap agama dan kebudayaan Islam. Program MTG menggunakan enam ciri-ciri pendekatan dialog iaitu dakwah, pemahaman, interaksi sosial keagamaan, kesukarelaan dakwah, ketauladanan insaniah dan komunikasi antarabangsa. Manakala, ciri-ciri amalan dialog antara agama dilihat sebagai tatasusila menyambut tetamu dan perkongsian informasi tatacara budaya. Namun, program MTG juga berhadapan dengan beberapa cabaran antaranya tahap penguasaan, kurang sambutan daripada orang awam, kelemahan kemahiran pertuturan dan kelemahan ketrampilan komunikasi dua hala. Kajian ini terdapat tiga bentuk dialog yang diamalkan menerusi program MTG iaitu dialog intelektual, dialog sosial dan dialog kebudayaan. Kajian ini menyarankan supaya program MTG diperluaskan lagi di institusi masjid-masjid di seluruh Malaysia. Hasil kajian menunjukan bahawa pengetahuan dialog antara agama merupakan satu mekanisme penting ke arah mewujudkan dialog yang penuh hikmah dalam sesebuah masyarakat majmuk. Institusi masjid mampu mempromosikan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dialog yang pelbagai pendekatan yang lebih efektif.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 145
Call Number: BP171.S58 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.