Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475870
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Kamariah Abu Bakar, Dr. | - |
dc.contributor.author | Azmaini Isa (P91092) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-05T06:42:36Z | - |
dc.date.available | 2023-10-05T06:42:36Z | - |
dc.date.issued | 2020-06-08 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:127395 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/475870 | - |
dc.description | Keperluan untuk keterlibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak tidak dapat dinafikan terutamanya kepada kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah. Atas kepentingan inilah, Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak 2008 telah mewajibkan ibu bapa untuk hadir ke Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN) sekurangkurangnya satu jam seminggu ataupun empat jam sebulan untuk terlibat dalam aktiviti bersama kanak-kanak. Oleh sebab peranan ibu bapa sebagai guru pertama kanak-kanak maka kajian ini dijalankan untuk menyelami keterlibatan dan komitmen ibu bapa serta cabaran dan dorongan di samping meneroka pengetahuan dan kecenderungan ibu bapa berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama kanak-kanak. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes. Teknik pensampelan bertujuan digunakan bagi menentukan informan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Sejumlah lapan orang informan yang terdiri daripada tiga orang bapa dan tiga orang ibu Pusat Anak GENIUS Negara Putrajaya telah terlibat selain daripada pendidik dan pegawai paksi yang turut dijadikan informan sokongan. Data dikumpulkan menerusi temu bual semi berstruktur mendalam yang disokong dengan pemerhatian, analisis dokumen dan audio visual bagi mendapatkan seberapa banyak data deskriptif agar gambaran sebenar mengenai keterlibatan ibu bapa ini dapat dikupas dengan baik. Penerimaan kanak-kanak terhadap aktiviti juga diperhatikan bagi menyokong data sumber premier. Transkrip verbatim dan nota lapangan telah dianalisis kandungan dan tematik berpandukan kepada persoalan kajian dengan menggunakan perisian NVIVO 12. Hasil dari analisis data menunjukkan di sebalik cabaran dan kekangan, ibu bapa banyak terlibat dalam menjalankan pelbagai jenis aktiviti dan mempunyai sikap positif yang diterjemahkan melalui komitmen yang tinggi dalam membuat perancangan aktiviti, pemilihan jenis aktiviti, penggunaan bahan bantuan mengajar serta kesinambungan di rumah. Ibu bapa menggunakan faktor pendorong sebagai pemangkin untuk terlibat yang akhirnya dapat memberi pengaruh bukan sahaja kepada kanak-kanak malah juga ibu bapa. Kajian ini penting untuk memastikan semua pemegang taruh dapat mencapai objektif sebenar dan memberi manfaat terutamanya kepada kanak-kanak serta seterusnya menepati aspirasi Kerajaan dalam memberi program pendidikan awal yang holistik,Sarjana Pendidikan | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Pendidikan awal | - |
dc.subject | Pengajaran dan pembelajaran | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Keterlibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak di Pusat Anak GENIUS Negara | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 214 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.